20090303

Hj Jamil Gulai Temenenung Panas

Semasa di Alor Star hujung minggu lepas sempat juga aku mengajak ibuku ke sebuah kedai makan yang terkenal dengan sarapan paginya; Hj Jamil Gulai Temenung Panas.
Kedai terletak di kepala simpang Jalan Kuala Kedah yang menuju kearah Yan dan dihadapan Kilang Padi. Masakan yang popular di sini adalah Gulai Ikan Temenung (atau bahasa KL ikan kembung) panas - panas.
Ramai pengunjung setiap hari di kedai ini termasuk orng2 Cina yang menikmati gulai panas tersebut. Masakan nasi dan gulai sebagai sarapan pagi adalah menjadi sarapan pagi tradisi di belah utara terutama bagi pengusaha - pengusaha bendang seperti yang disebut didalam artikel "Rendam Asam Teluq" saya. Macam orang terengganu; pagi pagi dah makan Nasi Dagang - kemungkinan pada masa dahulu ramai nelayan keluar pagi balik lewat tengahari yang memerlukan banyak tenaga untuk kelaut.
Sungguh sedap masakannya, ikannya fresh mungkin baru dibawa dari Kuala Kedah, gulainya mungkin di giling sendiri. Nasi ikan kembung seekor & telur dadar sekeping harga diantara RM 2 - RM 3.
Selamat mencuba

No comments: