20100119

Sungai dalam Laut
















Ana menerima satu email dari seorang sahabat yang rasanya elok dikongsikan bersama anda semua. KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR SUNGAI DALAM LAUT "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.

Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

20100105

Sa'id bin Zaid RA

Mungkin ada diantara kita tidak berapa mengenali seorang Sahabat Rasullullah yang bernama Sa'id bi Zaid RadiaAllahuanhu ini. Beliau adalah Saidina Sa'id bi Zaid bin Amru iaitu diantara 10 orang Sahabat yang dijanjikan syurga atau lebih dikenali sebagai Al Mubashharin Bil Jannah, 10 orang itu adalah :-
  1. Abu Bakar AsSiddiq
  2. Umar Al Khattab
  3. Uthman Al Affan
  4. Ali bin Abu Talib
  5. Zubair bin Al Awwam
  6. Tolhah bin Ubaidillah
  7. Abdul Rahman bin Auf
  8. Abu 'Ubaidad 'Amir bin Al Jarrah
  9. Sa'ad bin Abu Waqas
  10. Sa'id bin Zaid

Beliau adalah ipar kepada Saidina Umar Al Khattab iaitu suami kepada adik Saidina Umar : Fatimah bin Al Khattab. Beliau adalah adik ipar Saidina Umar ketika mana mempertahan akidah Islam ketika Saidina Umar (ketika jahil) hendak membunuh mereka. Beliaulah antara sebab kepada Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam.

Ada suatu peristiwa di zaman selepas Nabi. Saidina Said telah di tuduh oleh seorang perempuan Muslim yang mempunyai tanah bersebelehan dengan tanah Sa'id. Beliau telah dituduh mengambil sebahagian tanah perempuan itu oleh perempuan itu dan telah dibawa ke pengadilan dan diadili oleh seorang hakim yang Marwan. Bila ditanya oleh Marwan, beliau berkata demi Allah, aku tidak mengambil sebarang tanah perempuan tadi kerana aku pernah mendengar Rasullullah bersabda bahawa sesiapa yang mengambil tanah kepunyaan yang bukan miliknya, diakhirat kelak tanah tersebut akan digantung seumpama rantai dari langit ketujuh hingga ke bumi.

Lalu beliau berdoa kepada ALLAH dengan berkata jika perempuan tersebut berkata dusta, maka Engkau butakan matanya dan matikan dia di kawasan tanah yang dituduhnya itu. Diberitakan ada Sahabat lain yang sempat memerhatikan bahawa perempuan tersebut buta matanya dan perempuan tersebut telah terjatuh lalu menemui ajalnya di kawasan tanah yang dituduhnya dahulu.

Pengajarannya kita dibolehkan untuk mendoakan kecelakaan terhadap seseorang yang telah melakukan kejahatan dan fitnah kepada kita walaupun dia seorang yang Muslim. Juga kita kenalah berhati hati terhadap doa orang yang dizalimi dan dianiaya kerana doa orang yang dianiaya atau dizalimi akan di makbulkan oleh ALLAH SWT.