20090310

Makcik Intan

Hujung minggu lepas; aku mendapat berita dari Pak Saudara aku : Pak Lan Ariff bahawa adik satu pak tapi lain mak kepada arwah pak aku telah kembali ke rahmatullah di Kampung Permatang Sintok, Kepala Batas.
Arwah ayah/pak aku mempunyai banyak adik beradik yang lain mak. Jumlah adik beradiknya adalah 9 orang. Arwah Tok Wan aku Tok Wan Ahmad mempunyai 4 orang isteri.
Isteri pertama Tok Wan aku ialah ibu kepada arwah pak aku yang namanya Tok Tom. Tok Tom masih hidup dan berkeadaan sihat yang umurnya telahpun menjangkau 80 an. Melalui Tok Tom, Tok Wan aku mempunyai dua anak termasuk arwah pak aku. Kakakya Kiah pun telah meninggal terlebih dahulu dari arwah ayahku. Setelah arwah tok wan aku berpisah dengan Tok Tom; ayah aku di bela oleh mak saudaranya yang bernama Maryam ataupun Tok Yam yang suaminya bernama Meh.
Isteri Tok Wan aku yang kedua; aku tidak mengenali namanya dan tidak pula diceritakan oleh ayah aku. Melalui isteri kedua; Tok Wan aku mempunyai tiga orang anak iaitu Wan Teh, Normah dan Mohd Noor. Wan Teh dan Mohd Noor telahpun kembali ke rahmatullah pada tahun yang sama ayah aku meninggal tetapi dahulu daripada ayah aku.
Isteri yang ketiga Tok Wan aku adalah orang Pahang. Menurut cerita Tok Wan aku bernikah dengannya semasa bertugas sebagai anggota polis di Pahang. Melalui isteri inilah; maka Tok Wan memperolehi anak tunggal Intan.
Isteri yang keempat Tok Wan aku bernama Chombee - orang Tanjung Tokong Pulau Pinang. Dia dinikahi oleh Tok Wan aku semasa dia pencen dan bertugas sebagai pertugas di Feri Pulau Pinang. Dengan isteri ini; Tok Wan aku memperolehi tiga orang anak; Ariff, Sarimah dan Saridah.
Keluarga sebelah arwah adalah besar kalau dikumpulkan; tambahan kalau dikira juga dari Tok Nek aku (ayah kepada Tok Wan aku) iaitu Lebai Zainol yang jugak mempunyai tiga orang isteri yang aku akan ceritakan kelak.

Aku bersama adik2 ku sedang berusaha menyusun dan mencari salahsilah keluarga sebelah bapa dan ibu aku. Semuga berjaya hendaknya dan juga cuba mengumpulkan kembali keluarga kerabat kami yang besar ini.

Aku bermohon kepada semua perlayar2 website supaya dapat mensedekahkan "Al-Fatihah" kepada Makcikku - Intan bt Ahmad. Semuga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT. Aamin

No comments: