20091229

Tahun Baru

Minta maaf, telah lama aku tidak update blog ini. Bukannya aku telah berhenti dari menulis blog tetapi sejak bulan kebelangkangan ini aku terlalu sibuk dengan urusan harian. Sekarang ini kita telah menjengok ketahun baharu samada tahun Hijrah atapun Masihi.
Kita berazam untuk menjadi tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Setkan apakan azam kita pada tahun ini. Apakah amalan yang cuba kita pertingkatkan dan istiqamahkan dalam kehidupan sehari hari kita. Jadikan kehidupan kita mengikut kehidupan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT supaya kehidupan kita diredhai Allah SWT.
Jemaah haji yang pergi haji telahpun kembali dari menunaikan ibadah haji. Banyak cerita dan pengalaman yang kita dengar yang dilalui oleh jemaah haji. Apa yang pasti setiap jemaah haji yang pulang dari menunaikan haji, disebalik mujahadah yang ditempuhi akan membulatkan azam mereka untuk pergi ke Tanah Suci menunaikan haji lagi.
Di sepanjang cuti sekolah ini, aku sekeluarga sempat juga melawat beberapa tempat di Malaysia, maklumlah CUTI CUTI MALAYSIA. Tempat pertama yang kami lawati adalah tempat yang hampir iaitu Klang. Walaupun dekat tetapi dah 10 tahun tak kesana. Tempat yang kami lawati adalah Pasar Jawa. Di pasar jawa terdapat banyak jenis kerepek - kerepek yang dijual. Pengemar pengunyah kerepek adalah amat sesuai kesini. Kami sempat juga bersolat Zuhur di masjid cantik yang baru dibina iaitu Masjid Bandar Diraja Klang.
Selepas bandar Klang, kami meninjau kawasan2 di Pelabuhan Klang. Tatkala kami melalui jeti Pulau Ketam, kami mebuat keputusan yang tiba2 untuk pergi ke Pulau Ketam. Jetinya baru saja siap dibina. Kami menaiki feri yang bentuknya seperti banana. Tambangnya adalah sebanyak RM 7 sehala dan memakan masa selama setengah jam. Rupanya Pulau Ketam ini adalah pulau yang terjauh diantara pulau pulau di Pelabuhan Klang ini. Kami berada di Pulau Ketam tidak lama kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk dilawati tambahan pulak tidak ada restoran melayu di pulau tersebut. Walaubagaimanapun ini adalah pengalaman kami menaiki bot ke Pulau Ketam.
Baru2 ini pula kami melawati Pulau Langkawi. Kami pergi menaiki kapal terbang dan kembali dengan feri dan pulang ke KL dengan bas ekspress. Tempat menarik yang sempat kami lawati adalah Underwater World dan Langkawi Cable Car. Sungguh gerun dan gayak menaiki cable car tersebut, aku rasa inilah satu2nya cable car yang naik ke puncak gunung. Puncak gunung tersebut dipanggil Gunung Mat Cincang. Apa yang aku dapati Pulau Langkawi telah banyak berubah dari sebuah pulau yang sepi kepada pulau yang banyak aktiviti2.