20090820

Ramadhan Kembali

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang dinanti nantikan akan kembali samada esok atau lusa. Sebagai seorang mukmin semestinya kita semua melahirkan rasa kegembiraan keatas ketibaan bulan yang mulia ini. Janganlah kita melepaskan bulan ini berlalu begitu sahaja; rebutlah peluang untuk menambahkan bekalan di hari kemudian kelak.

Bayangkanlah, kalau kita berumur 40 tahun, maka 40 kalilah kita telah melalui bulan Ramadhan ini. Berbagai pengalaman telah kita tempuh dan rasai di bulan tersebut. Bagaimanapun semuanya menghasilkan kenikmatan dan kepuasaan dalam mengerjakan perintah Allah SWT.

Adalah menjadi suatu yang digalakkan jika kita meletakkan sesuatu iltizam atau azam pada setiap mulanya bulan puasa apakah amalan yang kita akan jadikan sebagai suatu amalan yang perlu dipertingkatkan dan istiqamahkan semasa bulan puasa dan seterusnya sepanjang hayat kita. Contonhya amalan doa; ramai yang tidak sedar bahawa amalan doa adalah suatu ibadat – contohnya kemungkinan kita berdoa (secara individu selama 5 minit), mungkin kali ini kita berazam untuk meningkatkan amalan doa (secara individu) selama 10 minit dan sebagainya.

Selamat berpuasa

20090814

Cina - bangsa kedua memeluk Islam ?

Baru ini saya ada mendengar berita dari TV yang menyatakan bangsa Cina adalah bangsa yang kedua selepas bangsa Arab yang memeluk agama Islam. Lama2 saya terfikir juga mungkin ada kebenaran berita tersebut memandangkan Rasulullah telah menghantar sahabatnya untuk berdakwah di negara Cina even sebelum kesemua Al Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w.

Jika di selidiki bahawa hubungan orang Cina dan Islam sebenarnya amat rapat sekali. Hubungan itu sudah terjalin lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Nabi Muhammad s.a.w sebelum memulakan langkah penghijrahannya ke Madinah telah menghantar empat orang sahabat pergi berdakwah ke negara China. Penghantaran para sahabat itu adalah bertujuan untuk menyampaikan risalah Islamiah di negara kuasa besar pada zaman itu. Misi dakwah ke negara China itu diketuai oleh Sa'ad bin Abi Waqas dan dianggotai oleh Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthan dan Abu Qais bin Al Harith. Mereka telah memperlihatkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan usaha - usaha dakwah di negara yang dianggap cukup asing bagi mereka.
Mungkin kita dapat bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh para sahabat untuk sampai ke negara China yang jaraknya cukup jauh dari kota Mekah. Lebih lebih lagi pada waktu tersebut, perjalanan untuk ke China hanya melalui jalan darat dan di sepanjang laluan tersebut, kita boleh lihat bagamaimana syiar Islam berkembang dengan pesat. Kesemua sahabat tersebut meninggal dunia di China. Sa'ad bin Abi Waqas meninggal dunia di Canton manakala dua lagi sahabat yang lain dikebumikan di Chuan-chou atau Quanzhou dalam wilayah Fukien. Usaha dakwah yang mereka lakukan telah berjaya melahirkan masyarakat Islam di China yang masih kuat mempertahankan akidah dan ajaran Islam yang mereka warisi turun temurun.
Walaupun kerajaan China menyatakan bahawa bilangan umat Islam di negara tersebut adalah disekitar 30 juta orang tetapi mengikut sumber sumber yang tidak rasmi. bilangan umat Islam adalah melebihi 100 juta orang. Angka ini bukanlah luar biasa kerana Islam sudah berkembang dan bertapak unuk suatu tempoh yang amat panjang di China. Tambahan pula, China sendiri mempunyai penduduk yang melebihi 1.3 billion dan ini menjadikan kedudukan umat Islam masih lagi merupakan golongan minoriti biarpun jumlah umat Islam disana melebihi penduduk di sesetengah negara Islam yang lain. Umat Islam bukan sahaja memepunyai kedudukan yang istimewa di China tetapi mereka turut memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam dan percaturan politik di negara yang terkenal dengan tembok besarnya.
Umat Islam menikmati hak yang tidak dikecapi oleh penduduk China yang lain. Sewaktu agama agama lain mengalami hakisan yang serious, umat Islam masih berupaya mempertahankan akidah dan amalan Islamnya dengan masjid masih memainkan peranan yang penting sebagai institusi agama serta sosial yang dominant. Mereka masih mengekalkan Islamnya dengan kaum lelaki berkopiah, memakai jubah dan menyimpan janggut. Dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada wilayah wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam, mereka dapat mengamalkan agama Islam dengan agak selesa berbanding dengan agama lain. Namun begitu, ini tidak berkmakna tidak berlaku penindasan terhadap umat Islam di sana. Penindasan yang dihadapi oleh umat Islam telah berlaku ratusan tahun yang lalu di bawah pemerintahan dinasti yang memerintah China secara silih berganti. Tidak terkecuali juga pihak pemerintah Komunis China yang telah melaksanakan beberapa dasar yang keras terhadap penduduk yang beragama Islam.
Umat Islam pernah melancarkan pemberontakan terhadap Dinasti Qing di Canton pada abad ke 18. Bagaimanapun pemberontakan itu berjaya ditumpaskan menyebabkan ramai umat Islam telah dibunuh dengan kejam. Bagi mengelakan kekejaman dan penindasan yang berterusan, orang cina yang beragama Islam dan para pedagang Arab telah melarikan diri ke Asia Tenggara. Ada yang singgah di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Tidak kurang juga yang mendarat di Kampuchea, Pattani dan Kepualauan Indonesia khususnya Jawa. Mereka menetap di tempat tempat tersebut dan telah memainkan peranan yang aktif untuk menyampaikan agama Islam kepada penduduk tempatan dan setempat.
Kedatangan orang cina Muslim ke Tanah Melayu telah dikesan pada seawal abad ke 11 lagi berikutan penemuan satu batu bersurat yang bertarikh 1203 di Pekan, Pahang. Begitu juga dengan penemuan baru bersurat Kuala Berang yang bertarikh 1306 dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang kedatangan Islam ke rantau ini dari arah negara China. Malahan kehadiran Laksamana Cheng Ho, seorang pembesar Dinasti Ming pada abad 14 ke Tanah Melayu dan negara - negara lain di Asia Tenggara juga dijadikan sebagai asas untuk mengaitkan sumbangan orang cina dalam perkembangan Islam di Nusantara.
Laksaman Cheng Ho telah melakukan pelayaran sehingga ke benua Afrika dan ada pendapat yang menyatakan ada kemungkinan beliau telah sampai ke benua Amerika. Kalau teori ini dapat diterima maka orang Islamlah yang mula mula sekali menemui benua Amerika bukannya Christopher Columbus sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah Barat. Laksamana Cheng Ho lahir dalam keluarga Islam di Yunan dan telah dua kali sampai ke Mekah untuk menunaikan Haji.
Laksamana Cheng Ho bukan sekadar menjadi duta dan urusan kepada Dinasti Ming tetapi juga telah memainkan peranan di dalam bidang dakwah dengan menempatkan para pengikutnya yang beragama Islam di kebanyakan tempat yang dilawatinya.

20090807

Khuruj Fisabilillah 1986 - Poland (part 4)

Gambar masjid Warsaw ketika ini
Kembali ke Warsaw


Setiba kami kembali ke kotaraya Warsaw; kamipun menetap di hostel yang sama. Pada keesokan harinya adalah Hari Raya AidilAdha. Kami sejemaah pun mengerjakan solat AidilAdha disebuah dewan dibandar Warsaw. Kebanyakan yang datang bersolat adalah pegawai – pegawai Kedutaan negara Islam.

Setelah selesai solat kami sempat berjumpa dengan Duta Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Jamaluddin. Beliau telah menjemput kami untuk datang kerumahnya. Pada petang hari kami sejemaah pun berkunjung kerumah Dato’ Jamaluddin. Beliau sungguh suka dan berbangga kerana ada orang terutama orang Malaysia mengunjungi beliau – ini oleh kerana kurangnya pelawat dari Malaysia berkunjung ke Poland pada ketika itu. Perbualan kami sungguh lama; kami kurang bercakap tetapi yang banyak bercakap ialah Dato’ sendiri. Beliau menceritakan pengalaman beliau dan hal2 yang bersangkut paut dengan bab2 berkaitan agama sehinggakan beliau sayu dan pilu.

Kami tak lama di Warsaw – tak sampai dua hari; kerana kami akan bertolak ke sebuah kampong Islam iaitu Bohoniki iaitu yang terletak disempadan Rusia. Alhamdulillah; ketika kami melakukan usaha dakwah di lobi sebuah hotel-kami berjumpa dengan seorang Arab Libya. Selepas selesai bercerita dengannya; beliau menawarkan untuk menjadi penunjuk jalan dan penterjemah untuk jemaah kami. Kami pun bertolak ke Kampung Bohoniki dengan keretanya.