20090227

Tablighi Nisab


Jika kita mengikuti program Jemaah Tabligh ataupun yang kita yang kita dengar - dengar di masjid atau surau ketika Jemaah Tabligh memberikan bayan iaitu penerangan serta diikuti taskheel iaitu mencatit nama-nama para jemaah melapangkan masa untuk keluar ke jalan Allah selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.




Kita sering ditanya orang awam adalah tempuh masa yang tertentu ini wajib ataupun ada terdapat nas / dalil yang menetapkan perlu meluangkan masa tertentu sahaja. Sebenarnya tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad saw untuk menunaikan tanggungjawab dakwah dan tabligh adalah pada setiap masa dan keadaan, walaubagaimanapun tempuh yang ditetapkan adalah disyorkan oleh ulama2 sebagai latihan kearah menjadikan dakwah ini sebagai maksud hidup kita.




Megikut fatwa ulama Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, South Africa mengatakan Jangkamasa tertentu seperti 3 hari, 40 hari & 4 bulan bukanlah suatu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan first aid contohnya sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia akan terus jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari atau 40 hari atau 4 bulan bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shariah, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak - kehendak asas dalam Shariah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyaklah kita akan belajar dan menyempurnakan diri sebagai seorang Mukmin yang sejati.




Walaubagaimanapun sudah semestinya; Nisab yang diusulkan oleh ulama2 adalah berlandaskan kehidupan Sahabat2 ra dan nas & dalil.




Petikan Bayan Maulana Yusuf : Sebanyak 150 jemaah para Sahabat ra telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun. Baginda sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah - jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.
Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat ra untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.




Petikan dari kitab "Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara" oleh Hj Abdul Halim Bashah : Pada tahun 627 M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi saw yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah).




Keluar 3 hari




Daripada Ibnu Umar ra berkata : Nabi saw telah memanggil Abdul Rahman bin Auf ra lalu bersabda : Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jemaah maka menyebut ia akan hadis dan katanya : Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang orang kampung itu ia mendakwah orang - orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi ra dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu


(Hadis riwayat Darul Qutni, dipetik dari Kitab Risalah ad Dakwah)




Keluar 40 hari




"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Unar ibnu Khattab ra maka Suyaidina Umar ra pun bertanya : Di manakah engkau berada? Dijawabnya : Saya berada di Ribat. Syaidina Umar ra bertanya lagi : Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar ra : Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?


(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288 dipetik dari kitab Risalah ad Dakwah)




Keluar 4 bulan




Ibn Juraij berkata : " Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar ra sedang berkeliling (ghast / jaulah / ziarah) disekitar lorong - lorong kota Madinah, tiba tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan syair:

"Bertapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini digoyang oleh yang lainnya"

Ketika Umar ra mendengar syairnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, "Apa yang terjadi padamu?" Wanita itu menjawab, "Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan." Umar bertanya, "Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?" Wanita itu menjawab, "Saya berlindung kepada Allah." Umar ra berkata, "Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memangil suami mu."



Setelah itu Umar ra bertanya anak perempuannya Hafsah ra, Aku bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?" Mendengar pertanyaan itu, hafsah ra menundukkan kepala kerena merasa malu. Umar ra berkata, " Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan." Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, " Tiga sampai empat bulan." Kemudian Umar ra menulis surat kepada setiap amir pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannnya lebih dari 4 bulan."


(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-KAnz Jilid VIII ms 308)



Ibnu Umar ra mengatakan bahawa pada suatu malam Umar ra keluar untuk melihat ehwal orang ramai) tiba - tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersyair :




"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekeliling Aku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu"



Kemudian Umar ra bertanya kepada Hafsah ra, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?" Hafsah ra menjawab, "Enam atau empat bulan." Maka Umar ra berkata, " Untuk selanjutnya, saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu."


(Hr Baihaqi dalam kitabnya Jilid IX ms 29 & Kitab hayatus Sahabah bab Al Jihad)












No comments: