20090326

Land Acquisition Procedures

I would like to share with others on the Land Acquisition (LA) Procedure in execute the project in Malaysia. Example of past railway is extract for the benefit of everbody. Normally at least 66 steps are involved in most cases :-



    1. After finalising the design, ROW (Right of Way) is superimposed on to Land Acquisition (LA) plans by surveyor.

    2. Discussion with surveyor on needs of Unit Pengambilan Tanah (UPT) so as to suit UPT's format.

    3. Discussion with UPT and Land Office on any updatings of draft LA plans.

    4. Site visit with UPT to check in general, the physical status of the land

    5. Updating of LA plans at surveyor's office

    6. Submission of preliminary LA plans to Project Management Consultants (PMC) and discussions.

    7. Assisting surveyor on updating of LA plans based on PMC comments at surveyor's office.

    8. Preparation of finalised LA plans by surveyor.

    9. Submission of LA plans to Main Contractor (MC)

    10. Submission of LA plans by MC to PMC.

    11. Submission of LA plans by PMC to Government.

    12. Submission of LA plans by Government to Ketua Pengarah Tanah & Galian (KPTG).

    13. Checking and approval of LA plans by KPTG.

    14. Transmission of LA plans from KPTG to PTG / SUK / Pentadbir Tanah (PTD).

    15. Submission of LA plans by PTG to UPT.

    16. Detailed discussion with UPT after files are opened.

    17. Preparing Preliminary Report for UPT after site visit with surveyor.

    18. Purchasing of certified true copy of Land Titles (CTC) at PTD / PTG.

    19. Site visit with UPT Settlement Officer (SO) / checking surveyor's particular.

    20. Collecting CTC from PTD / PTG.

    21. Forwarding photocopy of Land Titles to UPT.

    22. Preparing Land Status Report (extract from CTC).

    23. Opening and Labelling files / subjackets for all the private lands.

    24. Checking Land Status with UPT officer.

    25. Preparing Form C for submission to State EXCO (MB) via PTG.

    26. Follow up with PTG for the submission to YAB Menteri Besar (MB).

    27. After approval by MB; file send back to PTG.

    28. PTG will take a few days and send back file to UPT.

    29. Preparation of Form D by UPT.

    30. Rechecking of Form D by UPt, which normally take another week and sending back to PTG.

    31. PTG approves and sends for checking by State Legal Adviser (LA).

    32. Legal Adviser will sometimes take a few weeks to check and sends back to PTG.

    33. PTG will send back to UPT.
    34. UPT will now send to Percetakan Nasional Berhad (PNB).
    35. PNB will type back all the data and will wait for the queue. This take 1 month.
    36. PNB publishes Form D into Gazette form.
    37. 10 days after gazette then only the documents can be purchased.
    38. Purchase the gazette documents and submits to PTG, UPT, Main Contractor, Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) etc.
    39. Submission of A4 size plan for every lot to UPT and JPPH.
    40. Detailed report by having site visits with UPT's SO.
    41. Site visits with JPPH taking all photos of structures (normally not done on the same day).
    42. Prepares report for hearings; 4 volumes of detailed reporting of each lot.
    43. Finding addresses of all the landowners. Records at Land Office are outdated.
    44. Preparation of Forms E & F for all the lots and submits to UPT.
    45. Preparation of Planning Information Forms for every lot.
    46. Submission of Planning Information Forms to UPT for onward transmission to Majlis and then to JPPH.
    47. Submission of Forms E & F to UPT.
    48. Request of Form I by Main Contractor to PMC to Government to UPT.
    49. Preparation of Form I and Form K.
    50. To inform UPT on the progress of pegging works (demarcations).
    51. Pengarah Tanah & Galian to sign Form I.
    52. Discussion with UPT on dates for hearings.
    53. Serving of Form E / F to every interested party; owners / chargee / rentals etc.
    54. Serving of Form I & Form K
    55. Hearing for an average of 8 lots per day, usually in the morning.
    56. If there is slight doubt on the information say there is a doubt on owners / rentees etc to go on site again, then hearing postponed.
    57. Chasing JPPH so that valuation report is ready during hearing (normally cannot achieve target)
    58. If valuation report is ready Form G will be prepared within 2-3 weeks times, if not UPT will wait for another session until Private valuer submits its value and UPT will decide when government valuer is ready.
    59. Preparation of Form G and H by UPT.
    60. UPT submits Form G to Government and Government to prepare checques.
    61. After checques are ready sends Form H to landowners.
    62. PTD to issue Form J to building owner aftyer compensation received.
    63. Owner to move out from their premises (if voluntary).
    64. Use Enforcement to issue " Vacate Notice".
    65. Use Enforcement to demolish buildings
    66. Entry into lands.

20090325

RM 12,500

Lama saya tak mengupdatekan website tersebut. Oleh kerana terlalu sibuk sedikit tentang kerja dipejabat. Lagipun sibuk sikit meguruskan dua perkara iaitu :-
  1. Anak sulung saya Sarah baru sahaja mendapat keputusan SPM. Walaupun tidak cemerlang tetapi Alhamdulillah satu kejayaan untuknya secara peribadi. Sebagai bapa terpaksalah membantu dia untuk memohon IPTA, Polikteknik, serta beberapa IPTS.
    Yang saya dapati sekarang ini - peluang untuk menlanjutkan pelajaran terbuka luas untuk pelajar2 SPM dan tidak seperti kami dahulu yang hanya bergantung kepada IPTA dan tajaan kerajaan.
    Nampaknya masa pelajaran tinggi ini menjadi seperti suatu perniagaan dan masing2 menawarkan package dari semurah2nya hinggalah semahal2nya.
    Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anak aku; bidang mana yang diminati. Kerana dia yang nak belajar.
  2. Tersangatlah terkejut aku baru ni; kerana aku disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebanyak RM 12,500 kerana membuat extension belakang rumah setingkat (tanpa bumbung konkrit)
    Bayangkanlah tuan puan; jumlah samannya taklah sepadan dengan kos kerja-kerja penambahan tersebut.
    Alhamdulillah setelah 3 kali bertemu dengan Majlis dan berjumpa dengan Jurutera, Arkitek, Peguam Majlis dan akhirnya YDP telah membatalkan saman tersebut.

20090312

Jika ada langkah pertama

Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.
Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini. Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.
Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.
1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19 , Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak. "Kami bukannya mahu membuat Negara di sana , kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso. "Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan. Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909 , Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan, "Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya". 40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.
2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.
3. Kejatuhan Filipina terhadap Sepanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakna negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila , pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini. Cuba lihat contoh di atas.
Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.
Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak. Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini.
Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku. Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

20090310

Makcik Intan

Hujung minggu lepas; aku mendapat berita dari Pak Saudara aku : Pak Lan Ariff bahawa adik satu pak tapi lain mak kepada arwah pak aku telah kembali ke rahmatullah di Kampung Permatang Sintok, Kepala Batas.
Arwah ayah/pak aku mempunyai banyak adik beradik yang lain mak. Jumlah adik beradiknya adalah 9 orang. Arwah Tok Wan aku Tok Wan Ahmad mempunyai 4 orang isteri.
Isteri pertama Tok Wan aku ialah ibu kepada arwah pak aku yang namanya Tok Tom. Tok Tom masih hidup dan berkeadaan sihat yang umurnya telahpun menjangkau 80 an. Melalui Tok Tom, Tok Wan aku mempunyai dua anak termasuk arwah pak aku. Kakakya Kiah pun telah meninggal terlebih dahulu dari arwah ayahku. Setelah arwah tok wan aku berpisah dengan Tok Tom; ayah aku di bela oleh mak saudaranya yang bernama Maryam ataupun Tok Yam yang suaminya bernama Meh.
Isteri Tok Wan aku yang kedua; aku tidak mengenali namanya dan tidak pula diceritakan oleh ayah aku. Melalui isteri kedua; Tok Wan aku mempunyai tiga orang anak iaitu Wan Teh, Normah dan Mohd Noor. Wan Teh dan Mohd Noor telahpun kembali ke rahmatullah pada tahun yang sama ayah aku meninggal tetapi dahulu daripada ayah aku.
Isteri yang ketiga Tok Wan aku adalah orang Pahang. Menurut cerita Tok Wan aku bernikah dengannya semasa bertugas sebagai anggota polis di Pahang. Melalui isteri inilah; maka Tok Wan memperolehi anak tunggal Intan.
Isteri yang keempat Tok Wan aku bernama Chombee - orang Tanjung Tokong Pulau Pinang. Dia dinikahi oleh Tok Wan aku semasa dia pencen dan bertugas sebagai pertugas di Feri Pulau Pinang. Dengan isteri ini; Tok Wan aku memperolehi tiga orang anak; Ariff, Sarimah dan Saridah.
Keluarga sebelah arwah adalah besar kalau dikumpulkan; tambahan kalau dikira juga dari Tok Nek aku (ayah kepada Tok Wan aku) iaitu Lebai Zainol yang jugak mempunyai tiga orang isteri yang aku akan ceritakan kelak.

Aku bersama adik2 ku sedang berusaha menyusun dan mencari salahsilah keluarga sebelah bapa dan ibu aku. Semuga berjaya hendaknya dan juga cuba mengumpulkan kembali keluarga kerabat kami yang besar ini.

Aku bermohon kepada semua perlayar2 website supaya dapat mensedekahkan "Al-Fatihah" kepada Makcikku - Intan bt Ahmad. Semuga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT. Aamin

20090308

Konsep Dan Amalan Doa

Berdoa adalah satu rangka ibadah yang mempunyai sangkut paut dengan kesempurnaan iman dan Islam

Sabda Rasulullah SAW
Doa itu adalah ibadah

Berdoa adalah satu tugas yang diperintahkan kepada hamba Allah SWT supaya melakukannya.
Firman Allah SWT
Tuhanmu berfirman "Memohonlah (berdoalah) kepadaku, aku akan perkenankan permohonan doa mu itu"

Berdoa itu ialah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan keperluan dan ketundukan kepada Allah SWT
Berdoa ialah menyatakan kita sangat berhajat kepadanya dalam memperolehi sesuatu yang kita kehendaki. Oleh kerana itu, maka kita bermohon kepadaNya menerangkan hajat yang kita hajati.

Berdoa hendaklah dengan hati yang hadir kepada Allah SWT yakni segala lafaz doa yang dibaca, ditadabbur dan difahamkan maknanya. Membaca doa dengang tidak mengerti maksudnya samalah dengan tidak berdoa.
Dengan berdoa kepada Allah SWT terwujudlah bahawa Allah SWT tempat meminta, tempat memohon sedang hamba adalah makhluk yang hina dina dan selalu dalam kekurangan.
Berdoa ialah "memohon kepada Allah SWT semoga ia menyampaikan maksud kita. Sambil melaksanakan dan mengusahakan dengan segenap tenaga yang ada, akan sebab2 terjadinya sesuatu yang dihajatkan"
Doa itu menjadi salah satu sebab bagi menolak bencana, sebagai perisai, menjadi sebab untuk menangkis dan sebagai air menjadi sebab keluarnya tumbuhan dari bumi, sebagai menangkis bencana yang telah ditakdirkan.
Sabda Nabi SAW
Tidak tertolak Qada' melainkan dengan doa

20090304

Ijtimak Malaysia July 2009


Alhamdullillah tuan - tuan; InsyaAllah, Satu perhimpunan orang2 Islam ataupun dipanggil ijtimak telahpun diputuskan akan diadakan di Malaysia pada 9, 10, 11 & 12 July 2009 bertempat di kawasan lapang berdekatan dengan Masjid KLIA Quarters Sepang.
Bila keputusan telah dibuat maka sebenarnya ijtimakpun telah bermula. Kalau tak silap kali terakhir diadakan ijtimak di Malaysia iaitu di Dengkil ataupun Chenderong Balai Teluk Intan lebih kurang pada tahun 1990 an jugak.
Kali terakhir ana ikuti ijtimak adalah di ijtimak Thailand yang diadakan di Nakhon Si Tamarat pada tahun kalau tak silap ana adalah pada tahun 2001 / 2002.
Nakhon Si Tamarat terletak di kawasan Segenting Kra. Banyak tinggalan sejarah Islam didapati di kawasan sana seperti Masjid2 lama dll. Mungkin peninggalan kerajaan Islam Ligor ataupun kerajaan Empayar Islam Siam Kedah. Maklumat lanjut sejarah silam Islam Siam sila lawati website : http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Banyak dikawasan tersebut muka - muka yang raut wajahnya seperti orang Melayu tetapi tidak tahu berbahasa Melayu kecuali orang yang datang dari kawasan Pattani, Narathiwat dan juga Yala.
Ketika ijtimak; ana menerima lapuran daripada para jemaah bahawa terdapat sami2 Buddha yang memeluk agama Islam ketika ijtimak tersebut berjalan. Pada mula2 nya sami2 tersebut dihantar ke ijtmak untuk menjadi sebagai penyiasat atau perisik kerajaan. Bila hadir ke ijtimak - didapati kawasan ijtimak tersebut adalah sama seperti mimpi mereka sebelum datang iaitu kawasan pokok kelapa dan terdapat ramai orang berpakaian jubah putih. Dek kerana tertarik terdapat terhadap keadaan ijtimak tersebut; maka sami2 tersebut masuklah Islam.
Itulah hidayah namanya. Marilah sama2 tuan2 kita menyemarakkan suasana ijtimak kelak dengan membuat usaha dan doa kepada Allah semuga ijtimak tersebut berjaya dan banyak jemaah dakwah & tabligh dapat dikeluar ke seluruh dunia serta menjadi sumber hidayah kepada seluruh Alam

20090303

Hj Jamil Gulai Temenenung Panas

Semasa di Alor Star hujung minggu lepas sempat juga aku mengajak ibuku ke sebuah kedai makan yang terkenal dengan sarapan paginya; Hj Jamil Gulai Temenung Panas.
Kedai terletak di kepala simpang Jalan Kuala Kedah yang menuju kearah Yan dan dihadapan Kilang Padi. Masakan yang popular di sini adalah Gulai Ikan Temenung (atau bahasa KL ikan kembung) panas - panas.
Ramai pengunjung setiap hari di kedai ini termasuk orng2 Cina yang menikmati gulai panas tersebut. Masakan nasi dan gulai sebagai sarapan pagi adalah menjadi sarapan pagi tradisi di belah utara terutama bagi pengusaha - pengusaha bendang seperti yang disebut didalam artikel "Rendam Asam Teluq" saya. Macam orang terengganu; pagi pagi dah makan Nasi Dagang - kemungkinan pada masa dahulu ramai nelayan keluar pagi balik lewat tengahari yang memerlukan banyak tenaga untuk kelaut.
Sungguh sedap masakannya, ikannya fresh mungkin baru dibawa dari Kuala Kedah, gulainya mungkin di giling sendiri. Nasi ikan kembung seekor & telur dadar sekeping harga diantara RM 2 - RM 3.
Selamat mencuba