20090325

RM 12,500

Lama saya tak mengupdatekan website tersebut. Oleh kerana terlalu sibuk sedikit tentang kerja dipejabat. Lagipun sibuk sikit meguruskan dua perkara iaitu :-
  1. Anak sulung saya Sarah baru sahaja mendapat keputusan SPM. Walaupun tidak cemerlang tetapi Alhamdulillah satu kejayaan untuknya secara peribadi. Sebagai bapa terpaksalah membantu dia untuk memohon IPTA, Polikteknik, serta beberapa IPTS.
    Yang saya dapati sekarang ini - peluang untuk menlanjutkan pelajaran terbuka luas untuk pelajar2 SPM dan tidak seperti kami dahulu yang hanya bergantung kepada IPTA dan tajaan kerajaan.
    Nampaknya masa pelajaran tinggi ini menjadi seperti suatu perniagaan dan masing2 menawarkan package dari semurah2nya hinggalah semahal2nya.
    Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anak aku; bidang mana yang diminati. Kerana dia yang nak belajar.
  2. Tersangatlah terkejut aku baru ni; kerana aku disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebanyak RM 12,500 kerana membuat extension belakang rumah setingkat (tanpa bumbung konkrit)
    Bayangkanlah tuan puan; jumlah samannya taklah sepadan dengan kos kerja-kerja penambahan tersebut.
    Alhamdulillah setelah 3 kali bertemu dengan Majlis dan berjumpa dengan Jurutera, Arkitek, Peguam Majlis dan akhirnya YDP telah membatalkan saman tersebut.

No comments: