20090304

Ijtimak Malaysia July 2009


Alhamdullillah tuan - tuan; InsyaAllah, Satu perhimpunan orang2 Islam ataupun dipanggil ijtimak telahpun diputuskan akan diadakan di Malaysia pada 9, 10, 11 & 12 July 2009 bertempat di kawasan lapang berdekatan dengan Masjid KLIA Quarters Sepang.
Bila keputusan telah dibuat maka sebenarnya ijtimakpun telah bermula. Kalau tak silap kali terakhir diadakan ijtimak di Malaysia iaitu di Dengkil ataupun Chenderong Balai Teluk Intan lebih kurang pada tahun 1990 an jugak.
Kali terakhir ana ikuti ijtimak adalah di ijtimak Thailand yang diadakan di Nakhon Si Tamarat pada tahun kalau tak silap ana adalah pada tahun 2001 / 2002.
Nakhon Si Tamarat terletak di kawasan Segenting Kra. Banyak tinggalan sejarah Islam didapati di kawasan sana seperti Masjid2 lama dll. Mungkin peninggalan kerajaan Islam Ligor ataupun kerajaan Empayar Islam Siam Kedah. Maklumat lanjut sejarah silam Islam Siam sila lawati website : http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Banyak dikawasan tersebut muka - muka yang raut wajahnya seperti orang Melayu tetapi tidak tahu berbahasa Melayu kecuali orang yang datang dari kawasan Pattani, Narathiwat dan juga Yala.
Ketika ijtimak; ana menerima lapuran daripada para jemaah bahawa terdapat sami2 Buddha yang memeluk agama Islam ketika ijtimak tersebut berjalan. Pada mula2 nya sami2 tersebut dihantar ke ijtmak untuk menjadi sebagai penyiasat atau perisik kerajaan. Bila hadir ke ijtimak - didapati kawasan ijtimak tersebut adalah sama seperti mimpi mereka sebelum datang iaitu kawasan pokok kelapa dan terdapat ramai orang berpakaian jubah putih. Dek kerana tertarik terdapat terhadap keadaan ijtimak tersebut; maka sami2 tersebut masuklah Islam.
Itulah hidayah namanya. Marilah sama2 tuan2 kita menyemarakkan suasana ijtimak kelak dengan membuat usaha dan doa kepada Allah semuga ijtimak tersebut berjaya dan banyak jemaah dakwah & tabligh dapat dikeluar ke seluruh dunia serta menjadi sumber hidayah kepada seluruh Alam

No comments: