20090505

Khuruj fisabilillah 1986 - Poland (part 1)

Persediaan ke Poland

Pada tahun 1986, semasa aku menuntut di England; Markazi Masjid pusat tabligh di London yang terletak di East London telah menerima keputusan dari Markazi Masjid pusat tabligh England di Dewsbury atas arahan daripada Amir tabligh ketika itu Hadrat Ji Maulana Ihtisamul Hassan RA dari Markaz tabligh Nizamuddin di New Delhi supaya Markaz London menghantar satu jemaah student ke Negara Poland.

Didalam mesyuarat untuk memutuskan ahli anggota jemaah tersebut; Alhamdulillah aku telah terpilih untuk mengangotai jemaah tersebut. Jemaah kami terdiri dari 4 orang students sahaja iaitu diketuai oleh Amirnya Javid (student London berketurunan Bangladesh), Fayaz (student London berketurunan India), Zulkifli (student Melayu yang menuntut di London) dan aku sendiri.

Kami dimaklumkan bahawa Poland adalah satu2nya negara di dunia pada ketika itu tidak pernah ada jemaah dakwah & tabligh memasuki negara tersebut kerana dasar regim komunisnya yang tersangat ketat lebih ketat dari Moscow. Hanya jemaah students yang mempunyai passport student sahaja dibenarkan masuk ke negara tersebut.

Sebelum ini aku sering mendengar bahwa Amir tabligh yang kedua iaitu Hadrat Maulana Yusuf RA pernah berkata “Jika kesemua negara didunia ini telah dimasuki dan diziarahi oleh Jemaah Dakwah & Tabligh; perkara pertama yang Allah SWT akan tunjukkan adalah kesemua struktur kerjaaan Komunis di dunia akan hancur dan lenyap”.

Jemaah telah dibentuk dan pengerakan kami sebagai jemaah pertama ke negara Poland. Kami menyediakan peta negara Poland dan pengerakan kami adalah disusun supaya ianya bergerak mengelilingi negara Poland.

Kami pun berangkat ke Markazi Masjid di Dewsbury, Yorkshire (pusat tabligh England) untuk mendengar pesanan dan bermusafar dengan syura England. Kami diberi beberapa pesanan terutama dari Amir England iaitu Hafiz Patel termasuklah apabila kami berada disana kami tidak dibenarkan memberi sebarang komen terhadap amalan ibadah yang telah menjadi tradisi orang Islam di Poland. Beliau selalu menyebut didalam pesanannya yang terdahulu “ Kita mesti sentiasa menghantar jemaah ke sesuatu tempat; walaupun tidak ada sebarang kerja dakwah dilakukan, tetapi amalan seperti zikir, bacaan Al Quran, solat dan lain2 dapat memberi kesan. Diumpanakan seperti padang penuh dengan lalang; kalau selalu kita lalui akan terdapat kesan2 laluanya. We keep sending jemaah to the Communist countries, one time Allah SWT will break the structure of the Communist Counturies”

Setelah bermusafar dan menerima pesanan, kami dihantar ke kawasan London untuk menjalankan kerja dakwah sementara menunggu mendapat visa perjalanan ke Warsaw, Poland. Semasa berada di beberapa buah masjid di London, kami berulang alik ke kedutaan Poland seingat saya lebih dari 2 kali, sehingga saudara Zulkifli menangis dihadapan pegawai kedutaan Poland untuk mendapat visa; dengan izin Allah SWT; Alhamdulillah kami mendapat visa perjalanan melawat Poland selama 3 minggu.

Persediaan dan persiapan telah kami aturkan termasuklah membawa beberapa bekalan makanan kering termasuk magi mee dll. Kami dimaklumkan di Poland kami akan menghadapi kesusahan mendapatkan bekalan makanan termasuklah makanan halal dan makanan yang dijual di kedai adalah mengikut ration.

No comments: