20090520

Khuruj fisabilillah 1986 - Poland (part 2)

Sampai ke Warsaw

Ketika kami mendarat di Lapangan Terbang Warsaw; kami dapati ada sedikit kelainan disegi suasana jika dibandingkan dengan lain lain airport di Eropah. Kawalan masuknya pun sungguh ketat. Suatu yang aneh kami dapati toiletnya berkongsi lelaki dan wanita.

Semasa diluar airport; kami kebingungan tiada tahu hala tuju yang hendak pergi, tambahan pula orang – orang disitu kebanyakan tidak tahu berbahasa Inggeris. Kami berdoa dan berharap kepada Allah SWT supaya diberikan panduan dan pertolongan.

Suatu ketika, kami ditegur oleh seorang pemandu teksi yang mengetahui sedikit bahasa Inggeris – kami beritahu dia bahawa kami ingin pergi ke penempatan untuk student. Maka kami dibawa ke sebuah student hostel iaitu YMCA. Disitu kami telah menyewa sebuah bilik; maka operasi dakwah kami bermula dari bilik hostel tersebut.

Usaha dakwah kami disini banyak ditumpu sepenuhnya kepada amalan ziarah khususi iaitu samada berempat satu kumpulan ataupun dua orang dua kumpulan. Semasa di Bandar Warsaw; beberapa kali kami sempat melarikan diri dari dikejar oleh berkemungkinan wartawan yang mengejar untuk merakamkan gambar kami.

Tentang makanan kami; tidak menentu – dikebanyakan masa kami mengambil makanan yang sangat simple dan ringkas termasuklah buah2an. Almaklumlah susah mencari makanan halal disini.

Dalam usaha kami mencari orang Islam; kami terjumpa beberapa kanak2 iras orang sebelah India-pak; kami menegurya dan meminta dia membawa kami berjumpa dengan bapanya. Rupa2 bapanya ada duta Bangladesh. Kami sempat bertemu dan berbual dengan beliau di pejabat kedutaannya. Di berinya kami kesemua alamat duta2 negara Islam di Warsaw dan diberinya alamat dan contact no : presiden persatuan Islam di Warsaw untuk dihubungi.

Kami juga telah mengunjungi pejabat Keduataan Malaysia. Sempat bertemu dengan pegawai disana yang telah saya lupa namanya. Beliau sangat peramah dan menjemput kami sejemaah untuk makan malam dirumahnya. Beliau sangat suka kepada jemaah serta memberi kata2 semangat kepada kami untuk meneruskan usaha yang murni di Poland. Beliau amat jarang menerima kunjungan orang2 Malaysia di Poland.

Jemaah kami juga sempat menziarahi Duta Paskitan di rumahnya. Kebetulan pada masa kami menziarahinya ketika itu adalah hari Jumaat. Oleh kerana tiada masjid di Warsaw; kami bersolat Jumaat didalam pejabat Duta Pakistan seramai 6 orang. Kalau menurut hukum Mazhab Shafie; saya dan saudara Zulkifli tidak perlu bersolat Jumaat kerana dalam keadaan musafir. Memandangkan Amir kami bermazhab Hanafi (yang mana hukum Mazhab Hanafi adalah wajib bersolat Jumaat walaupun dalam keadaan musafir ataupun 2 orang) maka kami hormati dan meraihkan solat Jumaat dengan syarat diimami oleh mereka. Maka brother Fayaz telah memberi kuthbah dan mengimami solat Jumaat.

Untuk makluman; bagi solat lima waktu, didalam mazhab Shafie – ketika musafir kita dibenarkan Jamak dan Qasar, tetapi didalam mazhab Hanafi cuma dibenarkan Qasar sahaja tidak Jamak. Didalam jemaah kami, tugas Imam diserahkan kepada Saudara Zulkifli ataupun Brother Fayaz. Manakala tugas melaungkan azan diberikan kepada aku sebagai ahli jemaah yang termuda.

Kami juga telah menziarahi Presiden Persatuan Islam Poland; rumahnya terletak dipinggiran Warsaw iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan dengan teksi. Beliau telah sedikit sebanyak memberi maklumat tentang kewujudan penempatan orang – orang Polish Islam. Kami difahamkan beliau adalah Jews Polish yang telah convert to Muslim. Banyak maklumat tentang hal ehwal orang orang Polish Islam.

Di Bandar Warsaw tidak terdapat ramai orang orang Polish Islam, kebanyakan orang2 Islam adalah dari negara2 luar samada pegawai kedutaan ataupun students. Kebanyakan students ataupun pelancong yang terlalu ramai di Warsaw adalah dari negara2 Arab. Kami banyak menziarahi orang2 Arab yang menurut mereka bahawa tujuan mereka datang hanyalah untuk berpoya2.

Ada satu peristiwa kami menziarah sebuah kelab bar terkenal di Warsaw seperti Selangor Club di Dataran Merdeka. Di Warsaw terdapat sebuah dataran yang terkenal sama seperti Dataran Merdeka di KL yang terdapat sebuah club berhampirannya. Kami dapati didalam club tersebut terlalu ramai pak Arab tengah berpoya2 dengan perempuan serta sedang minum minuman keras. Kami sempat juga berdakwah dengan pak Arab2 tersebut, tetapi kami tidak dilayan dan diendahkan; maklumlah tengah mabuk.

Ketika itu telah masuk waktu Zuhur, maka akupun melaungkan azan di dataran tersebut. Apabila kedengaran azan, kesemua pak arab yang didalam bar tadi telah keluar beramai2 kedataran dan menghampiri kami serta menjerit azan! azan ! (mungkin dah lama mendengar azan). Maka kami pun mendirikan solat jemaah ditengah2 dataran tersebut. Pak Arab tersebut semuanya berkumpul tetapi apabila diajak solat; mereka mengatakan bahawa diri mereka tidak suci. Ketika kami bersolat ramailah orang mengelilingi dan memerhatikan kami termasuk pak2 arab dan beberapa orang Polish.

Setelah selesai solat kesemua pak2 arab didalam bar tadi telah beratur dan bersalam dengan kami. Alhamdulillah kami berpeluang memberi dakwah serta mengiklankan kepada mereka tentang perhimpunan ijtimak yang akan datang di England. Kesemua pak2 arab tersebut telah mengambil alamat tempat ijtimak dan telah memberi azam untuk menghadirinya. Didalam kalangan orang Polish yang memerhati kami tadi; ada seorang telah menghampiri kami – dia boleh bertutur sedikit dalam bahasa English telah mengatakan bahawa “ Ketika saya mendengar azan dan memerhatikan kamu semua bersolat, saya mendapat ketenangan hati dan jiwa. Apakah agama kamu?” Kami pun memaklumkan bahawa kami beragama Islam. Kamipun telah mendakwahkan Islam kepada beliau. Beliau telah tertarik dengan Islam dan telah memaklumkan ingin memasuki Islam tetapi bukan pada ketika itu. Kamipun mengambil alamatnya dan memberinya alamat Presiden Muslim Polish untuk beliau hubungi.
Begitulah keunikan orang Arab; walaupun dalam apa jua keadaan, mereka bila disebutkan ayat2 AlQuran dan seruan agama - mereka akan teringat dan bersemangat balik dan berkecenderungan terhadap agama.

Setelah berada di Warsaw beberapa hari; kamipun menghubungi Pn Jamilah – Presiden Islam Gdansk kerana kami akan berangkat ke Gdansk dengan train. Ketika di station keretapi Warsaw; kami menjalankan kegiatan dakwah dengan mengadakan majlis taklim (bacaan hadis) di station keretapi tersebut. Banyaklah kami berjumpa dengan students terutama students yang dalam perjalanan ke Moscow.

2 comments:

Anonymous said...

masyaAllah pengalaman yg hebat sheikh. Terasa sgt kekurangan diri ni

BAIE said...

Pengalaman yg hebat tuan. Terus beristiqomah...Aura yg hebat mampu membentuk arus, dgn izin Allah