20090513

Maraliner

Antara bas ekpress yang saya kerap naik dan suka naik adalah Maraliner. InsyaAllah pada 23 May ni saya akan balik ke Alor Star seperti biasa mengunakan Maraliner dan kembalike KL dengan flight Firefly.
Tentang firefly; saya belum mengetahui lagi keistimewaannya - cuma yang saya tahu airport nya adalah di airport subang yang lama (Terminal 3). Jika dibandingkan harganya dengan AirAsia, harga nya sedikit lebih mahal.
Kelebihan Bas Maraliner yang saya dapati adalah :-
    • Kemudahan membeli tiket pergi - Kita boleh membeli tiket di websitenya iaitu www.maraliner.com.my dengan hanya click sahaja dan tidak perlu mengeluarkan belanja dan masa untuk ke kaunter.
    • Kemudahan membeli tiket balik - Kita tidak perlu meminta saudara kita untuk menempah tiket; cuma kita juga hanya perlu membelinya melalui internet.
    • Tidak rushing / kejar trip - Saya dapati bas tersebut juga tidak rushing dan mengejar trip; mungkin upah pemandunya tidak berdasarkan trip.
    • 2 driver - setiap perjalanan yang saya naiki terdapat 2 driver; saling bergilir diantara yang memandu dan tidur (mempunyai tempat tidur untuk 2nd driver di belakang)
    • Keselesaan tempat duduk - Tempat duduk yang selesa dan luas; dan mempunyai single seater.

Setakat ini saya mencadangkan kepada semua untuk menggunakan bas Maraliner sebagai pengangkutan tuan puan.

No comments: