20090430

Laila Poland

Al fatihah kita hadiahkan kepada Allayarhamah Laila Taib isteri kepada Ketua Menteri Sarawak akibat sakit barah.
Aku sebenarnya pernah menemui auntie dia Ms Jamaliah di Poland ketika aku bersama 3 lagi sahabat dalam misi dakwah & tabligh selama 3 minggu ketika khuruj ke Poland pada tahun 1986. Ketika itu Poland masih didalam pemerintah Komunis. Pengalaman ataupun lapuran / karkuzari ketika keluar berdakwah di Poland akan aku ceritakan kelak.
Ketika kami tiba di bandar Gdanz di sebelah utara Poland dari Warsaw; kami menghubungi Auntie Jamaliah; beliau merupakan salah seorang pemimpin Islam di Gdanz ketika itu. Meurut beliau Laila adalah anak saudaranya yang menuntut di Australia, sebagai bukti di tunjukkan kami gambar Laila bersama Abd Rahman Taib. Menurut beliau mereka adalah turun temurun keturunan Islam yang berasal dari Islam Crimea Tartar.
Kami diberikan sebuah rumah bersebelahan rumahnya untuk bermalam dan menjalankan aktiviti dakwah kami. Anak lelaki yang remaja adalah pencinta Islam dan membantu kami dalam kerja2 dakwah. Translator kami adalah orang Arab Palestin yang menuntut di Poland.
Yang sedihnya; akhirnya kami dapati suaminya adalah penganut Kristian. Amalan kahwin campur di Poland adalah amalan biasa disana. Sebenarnya banyak orang Islam di Poland yang turun temurun; kami ditunjukkan gambar masjid - masjid lama yang telah dirobohkan oleh Komunis, gambar2 ulama2 mereka dengan full sunnah. Aku akan ceritakan kelak kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua.

1 comment:

Anonymous said...

salam bg long, tolong coretkan beberapa karkuzari ktika bg long berdakwah di europe dulu dan kesann dakwah tabligh padab masa kini, diharapkan dijadikan iktibar dan meningkatkan usaha atas iman

wassalam from li