20090427

MAD

Pada artikel, ana ingin bersama2 kita mengulangkaji berkenaan hukum tajwid khususnya beberapa hukum Mad yang kadang2 kita terlupa didalam pembacaan Quran kita. Mad maksudnya "panjang". Hukum qiraat menurut riwayat Asim.
Huruf Mad ada tiga iaitu : Alif, Wau & Ya.
Hukum Mad terbahagi 2 iaitu Asli / Tabiqi & Farqi
a) Hukum Mad Asli / Tabiqi - Bila mana huruf bertemu dengan aliff; atau huruf berdoma bertemu wau mati atau huruf kasrah bertemu ya mari. Bacaan panjangnya adalah sebanyak 2 harakat.

b) Farqi - ada 13 hukum diantaranya

Hukum Mad Wajib Mutasil : Bila mana huruf tanda lengkung panjang bertemu hamzah mati, kasrah dan pathah dalam satu kalimah. Bacaan panjangnya wajib panjang sebanyak 5 harakah.
Hukum Mad Jais Munpasil : Bila mana hurf tanda lengkung panjang bertemu hamzah mati, kasrah dan pathah dalam dua kalimah. Bacaan panjangnya adalah 2 hingga ke 5 harakat.
Hukum Mad Lin atau Mad Lembut : Bila mana huruf-huruf Mad dimatikan atau didomakan; bacaan nya adalah 2 hingga 5 harakat dan dilembutkan bacaannya.
Ini diantara hukum2 Mad; ada 10 hukum lagi berkenaan hukum Mad yang boleh kita kaji dan muzakarahkan. Hukum tajwid ini walaupun kita telah belajar berkali2 kadang2 kita terlupa dan lalai. Marilah sama2 kita ingat mengingati sesama kita supaya bacaan Quran kita dapat diperelokan semuga ianya diterima oleh Allah swt.
Salah satu petua untuk nafas panjang ialah nafas melalui perut; sebelum bacaan sedut nafas kedalam perut supaya kembung dan kemudian keluar nafas semasa bacaan sehingga kempis. InsyaAllah nafas kita akan menjadi panjang.

No comments: