20090415

Janin

Baru-baru ini aku mengalami pegalaman baru dalam membatu menguruskan jenazah selama ini. Pengalamannya adalah menguruskan janin yang keguguran selepas berusia 4 bulan dalam kandungan.
Inilah pengalaman pertama aku dalam melihat dan menyentuh janin yang telah lengkap dengan anggotanya. Kami juga berbincang mengenai hukum agama tentang bagaimana untuk menguruskan janin tersebut.
Mengikut hukum; kandungan janin yang melebihi empat bulan dan lengkap dengan bentuk anggota hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan seperti orang biasa. Persoalan samada perlu disembahyangkan ataupun tidak bergantung samada ketika janin itu keluar ada tanda - tanda bernyawa ataupun tidak seperti menangis, menjerit dan ada denyutan maka janin tersebut perlu disembahyangkan juga. Jika tiada maka tidak perlu disembahyangkan.
Setelah diteliti kesemua aspek; dengan dikepalai oleh imam masjid - kami telah memandikan, mangkafankan dan mengembumikan tanpa disembahyangkan & talkin.
Maka selesailah tanggungjawab kami dalam beberapa minit sahaja. Alhamdullillah. Satu pengalaman baru untuk dikongsi bersama.

2 comments:

Unknown said...

Anak sapa tu Haji? nak orang BBK ke?

AL-BOGAKI said...

Iya BBK