20090807

Khuruj Fisabilillah 1986 - Poland (part 4)

Gambar masjid Warsaw ketika ini
Kembali ke Warsaw


Setiba kami kembali ke kotaraya Warsaw; kamipun menetap di hostel yang sama. Pada keesokan harinya adalah Hari Raya AidilAdha. Kami sejemaah pun mengerjakan solat AidilAdha disebuah dewan dibandar Warsaw. Kebanyakan yang datang bersolat adalah pegawai – pegawai Kedutaan negara Islam.

Setelah selesai solat kami sempat berjumpa dengan Duta Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Jamaluddin. Beliau telah menjemput kami untuk datang kerumahnya. Pada petang hari kami sejemaah pun berkunjung kerumah Dato’ Jamaluddin. Beliau sungguh suka dan berbangga kerana ada orang terutama orang Malaysia mengunjungi beliau – ini oleh kerana kurangnya pelawat dari Malaysia berkunjung ke Poland pada ketika itu. Perbualan kami sungguh lama; kami kurang bercakap tetapi yang banyak bercakap ialah Dato’ sendiri. Beliau menceritakan pengalaman beliau dan hal2 yang bersangkut paut dengan bab2 berkaitan agama sehinggakan beliau sayu dan pilu.

Kami tak lama di Warsaw – tak sampai dua hari; kerana kami akan bertolak ke sebuah kampong Islam iaitu Bohoniki iaitu yang terletak disempadan Rusia. Alhamdulillah; ketika kami melakukan usaha dakwah di lobi sebuah hotel-kami berjumpa dengan seorang Arab Libya. Selepas selesai bercerita dengannya; beliau menawarkan untuk menjadi penunjuk jalan dan penterjemah untuk jemaah kami. Kami pun bertolak ke Kampung Bohoniki dengan keretanya.

4 comments:

zarch said...

Assalamualaikum, salam ziarah dari saya, masyaallah menarik betul gambar masjid di Warsaw.
Izinkan saya letak link blog Tuan diblog saya, masyaallah, banyak yang dapat dikongsi dari blog Tuan.

khairi said...

salam pakcik. apa kabar? bole dptkan email pakcik & no tel? Allah telah pilih sy khuruj di poland selama 40hari tahun 2007. sekarang ni tiap2 tahun jemaah 40 hari dihantar ke poland dari deswbury. byk karguzari yg boleh dicerita dan dikongsi bersama. doa karo. khairi, east midland, england.

AL-BOGAKI said...

Waalaikumsalam En Zarzh - boleh, tuan boleh linkkan blog tersebut.
En Khairi - saya telah email kan contact no saya melalui email kepada tuan sebentar tadi

Anggana said...

Assalamu'alaikumwrwb...
Salam ziarah, pakcik, alhamdulillah saya dan istri menemukan blog ini. Bulan depan kami relocation ke Poland. Bolehkah pakcik kirimkan email dan advices ke email saya? syukron jazzakumullah khair...