20090820

Ramadhan Kembali

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang dinanti nantikan akan kembali samada esok atau lusa. Sebagai seorang mukmin semestinya kita semua melahirkan rasa kegembiraan keatas ketibaan bulan yang mulia ini. Janganlah kita melepaskan bulan ini berlalu begitu sahaja; rebutlah peluang untuk menambahkan bekalan di hari kemudian kelak.

Bayangkanlah, kalau kita berumur 40 tahun, maka 40 kalilah kita telah melalui bulan Ramadhan ini. Berbagai pengalaman telah kita tempuh dan rasai di bulan tersebut. Bagaimanapun semuanya menghasilkan kenikmatan dan kepuasaan dalam mengerjakan perintah Allah SWT.

Adalah menjadi suatu yang digalakkan jika kita meletakkan sesuatu iltizam atau azam pada setiap mulanya bulan puasa apakah amalan yang kita akan jadikan sebagai suatu amalan yang perlu dipertingkatkan dan istiqamahkan semasa bulan puasa dan seterusnya sepanjang hayat kita. Contonhya amalan doa; ramai yang tidak sedar bahawa amalan doa adalah suatu ibadat – contohnya kemungkinan kita berdoa (secara individu selama 5 minit), mungkin kali ini kita berazam untuk meningkatkan amalan doa (secara individu) selama 10 minit dan sebagainya.

Selamat berpuasa

1 comment:

AL-BOGAKI said...

Thanks. I will visit your blog too