20090713

Ijtimak - Malaysia 2009

Ijtimak Malaysia yang berlansung selama 4 hari iaitu dari 9 July 2009 ke 12 July 2009 di kawasan lapang Masjid KLIA Quarters telahpun selesai. Seramai lebihkurang 200 ribu orang Islam telah menghadiri diri untuk mengikuti program tersebut.
Daripada 200 ribu tersebut; seramai 12 ribu adalah dari luar negara (diantaranya Thailand, Arab, Eropah, Rusia, China, Kemboja, Laos dan banyak lagi dari negara lain). Dengan izin dan bantuan Allah SWT ijtimak seramai ini telah berjaya dijayakan.
Bekalan air untuk para jemaah telah dipam dari dua sungai yang berhampiran termasuk dari Sungai Labu dengan standby air dari pihak Bomba.
Megikut maklumat dari bahagian khidmat masak - sebanyak 3,500 ekor ayam dan 600 ekor lembu telah disembelih untuk menyediakan makanan pada jemaah.
Seramai lebih kurang 250 buah jemaah dakwah telah dikeluarkan pada ijtimak tersebut untuk dihantar ke dalam dan luar negara untuk menjalankan kerja 2 dakwah dan tabligh.
Ijtimak tersebut dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dari sebawah2 hingga ke pihak atasan. Para pemimpin negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri ijtimak tersebut adalah MB Selangor & Dato Anwar Ibrahim pada Hari Khamis untuk solat Asar dan mendengar ceramah selama beberapa minit. MB Negeri Sembilan pada Solat Jumaat memberi ucapan di Masjid KLIA Quarters mengalu2kan para jemaah. Deputy Prime Minister pula telah datang pada solat Zuhur Sabtu dan Prime Minister pada Asar Sabtu.
Pada hari Jumaat Ijtimak tersebut dapat juga disaksikan solat Jumaat yang terbesar pernah diadakan di Negeri Sembilan. Bermula dari Imam di Masjid KLIA Quarters kemudian disambung saf jemaah melalui parking2; jalan2, kawasan 2 lain yang jaraknya 500 meter untuk disambung sehingga ke kawasan khemah medan ijtimak agar dipastikan solat Jumaatnya sah. PA system Masjid juga digabungkan dengan PA System Ijtimak. MasyaAllah
Pada hari penutup; ketika majlis doa penutup selama sejam yang dibacakan oleh Maulana Zubair dihadiri bersama oleh Yang Dipertua Negeri Sembilan.
Bersama2 kita bantu membantu dalam hal penyebaran agama kita. Ameen

No comments: