20090707

Jemaah Mastura Palestine

Hujung minggu lepas kawasan kami (Kundang) telah dikunjungi satu jemaah mastura (lelaki dan wanita) dari Palestine. Jemaah tersebut terdiri dari 4 pasangan. Jemaah wanitanya berada di rumah Dr Awang manakala Jemaah lelakinya pula berada seperti biasa di Masjid.
Kami telahpun bermesyuarat untuk memberi segala nusrah yang semampu kami untuk menjayakan program lelaki dan wanita jemaah tersebut termasuklah menyediakan makanan dan minuman untuk mereka. Ini tertib jemaah dakwah dan tabligh - bila mana ada orang yang berhijrah dan pada ketika yang sama ada kumpulan yang nusrah (memberi pertolongan) seperti mana dizaman Rasulullah semasa kaum muslimin berhijrah ke Madinah - maka Allah akan sebarkan hidayat kepada umat manusia.
Jemaah banyak bercerita tentang pentingnya menguatkan keyakinan kepada Allah semata2. Dengan amalan2 agama sahaja dapat menarik pertolongan dan bantuan dari Allah SWT.
Menurut jemaah; usaha dakwah dan tabligh telah bergerak di Palestine semenjak 20 ++ tahun yang lalu. Usaha untuk membetulkan keyakinan dan keimanan dalam menharap pertolongan Allah SWT. Pada masa ini terdapat 11 markaz dakwah (6 di west bank, 3 di Gaza & 2 di Israel).
Sama2 kita mendoakan agar usaha yang mereka dan kita lakukan dapat menarik bantuan Allah SWT dapat usaha mereka menentang kezaliman zionis yahudi seperti bantuan yang sama yang diberikan oleh Allah SWT kepada tentera Salahuddin AlAyubi.
Salahuddin AlAyubi hanya memilih tentera yang kuat amalan mereka yang banyak melakukan amalan malam; berdoa dan menangis dimalam hari untuk berhadapan dengan puak Yahudi untuk menakluk Baitul Maqdis.

No comments: