20090224

Ubahsuai Rumah

Lama juga terfikir untuk buat "extension" dapur rumah tetapi nak buat cam mana. Sentiasa ada beberapa masalah; pertama disegi kewangan dan kedua rumah telah diduduki.

Rumah sekarang ni yang aku duduk semenjak mula - mula taman ini dibuka pada tahun 1997. Kira diantara orang yang terawal tinggal di BBK. Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi di Malaysia serta diriku juga telah terbabit sama didalam kemelut tersebut.

Jadi kami sekeluarga tidak sempat membuat apa2 pengubahsuaian terhadap rumah tersebut memandangkan terpaksa menampung sewa rumah di Puchong. Maka pindahlah kami sekualarga tanpa membuat sebarang pengunahsuaian.

Semakin tahun, ahli keluarga kami dan keperluanpun bertambah - maka keperluan untuk membuat "extension" dapur menjadi seolah wajib dan bukannya lagi sebagai kemewahan.

Kami berasa keperluan tersebut sudah sampai waktu untuk kami mengeluarkan perbelanjaan sedikit untuk maksud tersebut.

Tindakan seterusnya adalah untuk mencari sumber kewangan dan mencari kontraktor yang bagus.

Bersifat khana'ah, besederhanalah dan berbelanjalah atas perkara yang sangat diperlukan sahaja. Insan yang kaya ialah insan yang bersyukur dan merasa cukup keatas apa yang dianugerahkan oleh Allah swt.

4 comments:

Unknown said...

Tuan nak extend apa? kat belakang ye? okla tu.. nanti jemaah masturat boleh mai.. he..he..

AL-BOGAKI said...

Begitulah kira-kiranya.

Anonymous said...

Berckp psl masturat, hari tu Dr. Awang ada iklan nak kluar jemaah masturat 3 hari bulan april ni insyallah...

Anonymous said...

erm..askum ada info sikit.
kalo nak buat kabinet dapur/wardrobe
PROMOTION SEKARANG ACCORIES:SUMER FREE JER BASKET,SWINEL BASKET,SPON TRAY,DISH RACK..
http://defiliokitchen.blogspot.com/
INA DEFILIO 0173401338
FAX :0361407723