20090226

SMTKL

Alhamdullillah anak saya yang kedua Jabir telah berjaya mendapat tawaran belajar di sekolah idamannya iaitu Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) didalam pakej Sains Tulen - Sastera Ikhtisas (Perakaunan) - 2nd intake.
Bertapa gembiranya dia semalam bilamana mengetahui bahawa dia telah mendapat tawaran di SMTKL. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa dia telah mendapat tawaran tersebut; ini oleh kerana kami diberitahu oleh pihak sekolah dan kementerian bahawa SMTKL pada tahun ini telah menjadi sekolah kluster dan hanya dikhaskan kepada penuntut-penuntut yang mendapat 8A didalam PMRnya. Walaubagaimanapun rayuan Jabir telah dipertimbangkan dan diterima oleh pihak sekolah. Inilah kuasa dan kehendak Allah swt.
Memandangkan tarikh mendaftar begitu dekat iaitu hari Isnin ini 2 Mac; tambahan pulak minggu ini saya akan balik ke Alor Star untuk menziarahi bonda - maka aktiviti hujung minggu ni berkemungkinan tersangat pack. Saya akan balik ke Alor Star pada Jumaat malam dengan menaiki bas Maraliner manakala akan pulang ke KL pada pagi Ahad dengan AirAsia. Pada hari Ahad petang - menguruskan pembekalan Jabir untuk ke SMTKL. InsyaAllah; Allah akan memudahkan saya menyermpurnakan tanggungjawab saya sebagai anak sulung kepada bonda serta tanggungjawab sebagai bapa kepada 5 orang anak. Ini adalah routine aku iaitu balik menziarahi orang tua dua bulan sekali tambahan walaupun bondaku tinggal bersama adikku tetapi masih kesunyian semenjak arwah ayahandaku kembali ke rahmatullah pada 27 Ramadhan tahun lepas. Diminta kesemua yang membaca artikel ini menghadiahkan "Al-Fatihah" untuk ayahandaku Hj Ibrahim bin Ahmad.

Pesanan untuk Jabir :-

  • Belajarlah bersungguh2 dalam apa sahaja bidang yang diceburi
  • Utamakan agama dalam segala hal
  • Jaga solat dan bergaulah dengan geng surau
  • Hindarkan diri dari tabiat buruk dan geng yang tak bermoral.
  • Hindarkan diri dari berlagak dan sentiasa bertolak ansur sesama penuntut.
  • Sediakan lapuran aktiviti homework kepada Ayahanda setiap 2 minggu.

Segala pesanan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya bersekolah di asrama dahulu. Terdapat perkara yang positive dan negative yang perlu kita perhatikan ketika berjauhan dengan keluarga yang kita tak boleh nafikan.

Selamat menyambung pelajaran di SMTKL diucapkan kepada Jabir dan semuga beroleh kejayaan yang cemerlang didalam SPM kelak

Laman web sekolah - http://www.smtkl.edu.my/v1/

Ayahanda

2 comments:

Anonymous said...

tahniah tuan...

Unknown said...

Tahniah tuan,

SMTKL mmg tempat yang terbaik untuk anak tuan... Cuma kena pandai guna peluang sahaja... Saya juga bekas pelajar SMTKL

:)