Telah beberapa bulan juga ana tidak berkesempatan untuk meyertai jemaah dakwah & tabligh untuk keluar 3 hari. Maka; alhamdulillah dapat juga pada minggu ini dapat meluangkan masa untuk mengislahkan diri bersama - sama jemaah Kampung Melayu Kundang yang lain untuk khuruj fisabillah ke Surau Al Syed; Taman Indah Perdana di Kepong. Jemaah kami diketuai Dr Hj Awang Musa seorang bekas Pengarah di NPC - National Productivity Centre yang banyak mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang motivasi, quality assurance etc. Dr Awang baru sahaja balik dari berdakwah di Australia. Menurut lapurannya; di Australia perjuangan Islam sedang berkembang pesat - banyak gereja2 telah dibeli oleh orang Islam dan dijadikan Masjid sebagai pusat sebaran Islam. Melalui kesan 2 peninggalan sejarah; didapati juga bahawa Islam ataupun Melayu telah lama bertapak di bumi Australia sebelum dari kedatangan banduan2 British. Nama2 jalan, tempat banyak mengunakan nama2 Melayu.
Daripada binaan surau tersebut kami dapati surau ini baharu sahaja dibina dan sedihnya tidak ada jemaah penduduk tempatan datang bersolat jemaah. Kalau adapun pada waktu Maghrib dan Isyak; itu pun dalam 2 - 3 orang Indo dan Bangla. Tak tahu kemana penduduk Islam tempatan pergi mungkin bercuti atau sebagainya. Walaubagaimanapun usaha mengajak perlu diteruskan; InsyaAllah akan bagi perubahan demi perubahan dan yang pentingnya diri yang mengajak itu akan mendapat menafaatnya.
Perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah swt diakhirat kelak adalah amalan solat kita. Sejauh mana yang kita telah kerjakan. Kepada yang telah mengerjakan solat; sejauh mana kita menjaga solat. Menjaga solat maksudnya menunaikan solat diawal waktu dan berjemaah di tempat di mana azan dilaungkan. Kepada yang telah menjaga solatnya; sejauh mana kekhusyukan dan keikhlasan solat kita? Marilah kita semua bersama2 membetulkan & mebaguskan amalan solat kita supaya mengikut kehendak Allah dan Rasulnya saw.
1 comment:
Tahniah, satu perkembangan yang positif.
Post a Comment