Esok anak aku yang keempat Ahmad Naufal akan mengikuti seminar Didik UPSR di Politeknik Shah Alam. Walaupun dah darjah enam; kami masih risau samada dia masih boleh menjaga dirinya atau tidak semasa menghadiri seminar selama dua hari itu.
Tommorrow my fourth child Ahmad Naufal going to attend seminar Didik UPSR at Shah Alam Polytechnic. Eventhough he is already standard six; we are still whether he hinself could organise and taking care of himself during that 2 days seminar.
Bukan apa dia suka arlek: aku teringat dua peristiwa dimana dia telah tesesat dan hilang dari kawalan kami sekeluarga semasa membeli belah. Pertama kali di KLCC ketika umurnya 4 tahun; kami menjadi panik tiba - tiba Naufal hilang dari pandangan kami. Mujurlah dalam masa 10 minit kami terdengar announcement yang mengiklan bahawa ada sesiapa kehilangan anak lelaki yang memakai baju "Popeye". Anak aku Naufal ni lambat bercakap dan bila ditanya siapa namanya oleh guard; terus dikatanya "Popeye".
Peristiwa kedua ialah ialah di Sunway Pyramid ketika dia di darjah 3; ketika dia arlek tengok orang main ice skirting dia telah terpisah dari kami. Maka sibuk lah kami sekeluarga mencari dia merata tempat dan tingkat selama lebih kurang sejam. Kami juga sempat melapurkan kepada information centre maka diannoucekanya kepada semua guards di Sunway Pyramid itu. Tentunya kami risau dan panik; dan akhirnya dia dijumpai pak guard di kawasan luar Sunway Pyramid sedang menangis, mungkin dia sedang mencari kereta kami ditempat parking tetapi tidak ketemu.
Sekarang dah darjah 6 dan tak sangka akan mengambil exam UPSR; aku yakin InsyaAllah dia boleh menjaga dirinya sendiri.
Petua kalau dapati kehilangan anak di shoping complex :-
a. Selawat ke atas Nabi banyak2.
b. Lapurkan kepada information centre.
Selamat berseminar anakku Naufal. Semoga berjaya mendapat kejayaan 5A
No comments:
Post a Comment