20091229
Tahun Baru
20091014
17:16
"16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." Sama2 lah kita renung2kan
20090928
Kampung Lebai Zainol
Menurutnya beliau telah berjaya menjejaki tempat terakhir kediaman nenek lelaki kami iaitu Lebai Zainol di kampung yang diberi nama mengikut namanya Kampung Lebai Zainol di Gurun. Pak Lang berkata bahawa Kampung tersebut terletak di belakang Pejabat Perhutanan Gurun - 5 km sebelum sampai ke pekan Gurun. Menurut cerita Pak Lang Ariff dan juga arwah pak aku, mengikut cerita arwah Wan aku Tok Mad - Lebai Zainol ini berasal dari keturunan Turki. Wallahua'lam. Tapi Pak Lang tidak mengetahui Lebai Zainol bin apa?. Walaubagaimanapun kami adik beradik InsyaAllah cuba menyelidik perkara tersebut.
Walaupun begitu; pada tahun lepas semasa raya Pak Saudara Pupu aku iaitu Pak Long Adman Salleh menceritakan sedikit perbezaan ceritanya mengenai lokasi kampung tersebut. Pak Long Adman Salleh ini adalah Penerbit Filem yang terkenal ie filem Amok, Paloh dan lain-lain. Menurutnya pula semasa kecil beliau pernah sempat tinggal beberapa tempuh bersama - sama Lebai Zainol. Beliau pula mengatakan Kampung Lebai Zainol adalah selepas Pekan Gurun dan berada di jalanan ke arah kaki Gunung Jerai disebelah kiri dari Gurun.
Menurutnya Lebai Zainol seorang yang wara, zuhud serta menjadi guru agama. Beliau adalah seangkatan dengan Sheikh Abdullah Fahim (datuk kepada Pak Lah). Kepada pembaca yang mempunyai maklumat berkenaan Kampung Lebai Zainol, sila bagi maklumat melalui slauran komen. Jazakallah.
20090916
10 Akhir Ramadhan
Hukum Iktikaf Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar. Jadual Malam Lailatul Qadar Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
- Ahad atau Rabu - Malam 29 Ramadhan
- Isnin - Malam 21 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat - Malam 27 Ramadhan
- Khamis -Malam 25 Ramadhan
- Sabtu - Malam 23 Ramadhan
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut" Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
20090915
Budget Drive
Here is some more advice for the motorist on holiday :-
Check the tyre pressure before making a long trip. A loaded vehicle needs at least 0.2 bar more per tyre than the recommended normal pressure. Low tyre pressure can up fuel consumption by 2%. Most car air conditioners require between one and two litres more per 100 kilometres, quickly adding between RM 10 and RM 20 to the fuel bill on a long trip. Adjusting the temperature to 5 Celsius below the exterior temperature is mostly sufficient. Bicycles and other heavy objects on the roof rack can boost fuel consumption by as musch as 40%. For a short holiday trip, it might be cheaper to hire a bicycle locally. Accelerating gently and changing gears at low revs can also reduce fuel consumption substantially.
20090820
Ramadhan Kembali
Bayangkanlah, kalau kita berumur 40 tahun, maka 40 kalilah kita telah melalui bulan Ramadhan ini. Berbagai pengalaman telah kita tempuh dan rasai di bulan tersebut. Bagaimanapun semuanya menghasilkan kenikmatan dan kepuasaan dalam mengerjakan perintah Allah SWT.
Adalah menjadi suatu yang digalakkan jika kita meletakkan sesuatu iltizam atau azam pada setiap mulanya bulan puasa apakah amalan yang kita akan jadikan sebagai suatu amalan yang perlu dipertingkatkan dan istiqamahkan semasa bulan puasa dan seterusnya sepanjang hayat kita. Contonhya amalan doa; ramai yang tidak sedar bahawa amalan doa adalah suatu ibadat – contohnya kemungkinan kita berdoa (secara individu selama 5 minit), mungkin kali ini kita berazam untuk meningkatkan amalan doa (secara individu) selama 10 minit dan sebagainya.
Selamat berpuasa
20090814
Cina - bangsa kedua memeluk Islam ?
Baru ini saya ada mendengar berita dari TV yang menyatakan bangsa Cina adalah bangsa yang kedua selepas bangsa Arab yang memeluk agama Islam. Lama2 saya terfikir juga mungkin ada kebenaran berita tersebut memandangkan Rasulullah telah menghantar sahabatnya untuk berdakwah di negara Cina even sebelum kesemua Al Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w.
20090807
Khuruj Fisabilillah 1986 - Poland (part 4)
Gambar masjid Warsaw ketika iniKembali ke Warsaw
Setelah selesai solat kami sempat berjumpa dengan Duta Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Jamaluddin. Beliau telah menjemput kami untuk datang kerumahnya. Pada petang hari kami sejemaah pun berkunjung kerumah Dato’ Jamaluddin. Beliau sungguh suka dan berbangga kerana ada orang terutama orang Malaysia mengunjungi beliau – ini oleh kerana kurangnya pelawat dari Malaysia berkunjung ke Poland pada ketika itu. Perbualan kami sungguh lama; kami kurang bercakap tetapi yang banyak bercakap ialah Dato’ sendiri. Beliau menceritakan pengalaman beliau dan hal2 yang bersangkut paut dengan bab2 berkaitan agama sehinggakan beliau sayu dan pilu.
Kami tak lama di Warsaw – tak sampai dua hari; kerana kami akan bertolak ke sebuah kampong Islam iaitu Bohoniki iaitu yang terletak disempadan Rusia. Alhamdulillah; ketika kami melakukan usaha dakwah di lobi sebuah hotel-kami berjumpa dengan seorang Arab Libya. Selepas selesai bercerita dengannya; beliau menawarkan untuk menjadi penunjuk jalan dan penterjemah untuk jemaah kami. Kami pun bertolak ke Kampung Bohoniki dengan keretanya.
20090728
Fighting Cancer - Alternative Way
AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY ('TRY', BEING THE KEY WORD) TO ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY .
Cancer Update from Johns Hopkins: 1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the
standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients
that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests
are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size. 2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime. 3 When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and
prevented from multiplying and forming tumors. 4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies.
These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.. 5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including
supplements will strengthen the immune system. 6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys
rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastrointestinal tract etc, and can cause
organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc. 7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells,
tissues and organs. 8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However
prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction. 9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune
system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds
of infections and complications. 10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and
difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites. 11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the
foods it needs to multiply.
CANCER CELLS FEED ON: a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the
cancer cells. Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with
Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or
molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white
in color. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt. b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer
feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk cancer cells
are being starved. c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to
eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock
antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with
cancer. d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little
fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food
including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and
reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy
cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice
(most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day.
Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C). e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better
alternative and has cancer fighting properties. Water-best to drink purified water, or
filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water.. Distilled water is acidic,
avoid it. 12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested
meat remaining in the intestines becomes putrefied and leads to more toxic buildup. 13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it
frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer
cells to destroy the cancer cells. 14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, antioxidants,
vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the bodies own killer cells to destroy
cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or
programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or
unneeded cells. 15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help
the cancer warrior be a survivor. Anger, un-forgiveness and bitterness put the body
into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to
relax and enjoy life. 16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep
breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another
means employed to destroy cancer cells.
1. No plastic containers in micro.
2. No water bottles in freezer.
3. No plastic wrap in microwave. Johns Hopkins has recently sent this out in its newsletters. This information is being
circulated at Walter Reed Army Medical Center as well. Dioxin chemicals cause cancer,
especially breast cancer. Dioxins are highly poisonous to the cells of our bodies. Don't freeze
your plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic.. Recently,
Dr. Edward Fujimoto, Wellness Program Manager at Cast le Hospital, was on a TV program
to explain this health hazard. He talked about dioxins and how bad they are for us. He said
that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers. This
especially applies to foods that contain fat. He said that the combination of fat, high heat,
and plastics releases dioxin into the food and ultimately into the cells of the body. Instead,
he recommends using glass, such as Corning Ware, Pyrex or ceramic containers for heating
food You get the same results, only without the dioxin. So such things as TV dinners, instant
ramen and soups, etc., should be removed from the container and heated in something
else. Paper isn't bad but you don't know what is in the paper. It's just safer to use tempered
glass, Corning Ware, etc. He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants
moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons.
Also, he pointed out that plastic wrap, such as Saran, is just as dangerous when placed over
foods to be cooked in the microwave. As the food is nuked, the high heat causes poisonous
toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food. Cover food with a
paper towel instead.
20090713
Ijtimak - Malaysia 2009
20090707
Jemaah Mastura Palestine
20090701
Rahsia Warna
20090626
RCMP UNIKL
a. Diploma Kejuruteraan Mechatronics - Politeknik Merlimau Melaka
b. Diploma Pharmacy - Royal College of Medicine of Perak, University Kuala Lumpur
20090624
Report from Netherlands
Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Holy Quran regularly can protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word “ALLAH” affects healing of psychological diseases.
He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word “ALLAH” which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat.
What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran. Allah, The Great and Glorious, says,
“We will show them Our signs in the universe and in their own selves, until it becomes manifest to them that This (Quran) is the truth”. (Holy Quran: 41/53)
20090619
Khuruj Fisabilillah 1986 - Poland (part 3)

Setibanya kami di station Gdansk; kami disapa oleh dua orang Polish Muslim iaitu Ms Jamilah dan Mr Stefan (atau nama Muslimnya Musthapa). Kami dibawa ke rumah Ms Jamilah (Presiden Persatuan Islam Gdansk). Kami diberitahu oleh Ms Jamilah bahawa terdapat ramai orang Polish Muslim di Gdansk dan bertanya kami apakah tujuan kami datang ke Poland.
Gdansk adalah bandar pelabuhan yang terletak di utara Poland.
Kami diberi sebuah rumah yang didiami oleh neneknya yang berusia 80an disebelah rumahnya. Kami diberi seorang penterjemah student Arab Palestine yang aku terlupa namanya. Sepanjang kami di Gdansk; kami tidak perlu memasak ataupun membeli makanan seperti di Warsaw kerana kami akan dijamu oleh Ms Jamilah ataupun penduduk Polish Muslim di Gdansk.
Di Gdansk ini; kami menerima nusrah (pertolongan) yang sempurna dari penduduk Polish Muslim sehinggalah hampir setiap waktu solat kami diberi peluang untuk menyampaikan bayan (ceramah) kepada kumpulan2 Polish Muslim yang diterjemahkan oleh student Arab tersebut.
Student Arab tersebut memberitahu bahawa dia telahpun mengikuti program Tabligh semasa beliau berada di Ramallah Palestine. Menurut beliau terdapat beberapa markaz tabligh di Palestine termasuk di Ramallah.
Kesemua Polish Muslim di Gdansk sangat gembira terhadap kedatangan kami. Sekurang2 mereka mengetahui bahawa masih terdapat orang2 Islam di muka bumi ini; dan mereka masih diingati oleh orang2 Islam lain. Semasa di Gdansk kami banyak melakukan ziarah ke rumah – rumah Polish Muslim.
Ada diantaranya nenek2 yang berusia 90an yang sempat kami ziarah. Orang2 Muslim Polish juga sempat menceritakan sejarah Islam di Poland. Mereka menunjukkan gambar2 ulama2 dahulu mereka yang siap berserban dan berjanggut. Gambar2 Masjid di Poland dan di Rusia; yang kebanyakan telah dirobohkan oleh rejim Komunis; cuma ada 2 sahaja masjid2 lama berusia 200 tahun yang tidak dirobohkan iaitu 2 kampung yang bersempadan dengan Rusia (yang akan ceritakan kelak).
Ada juga rumah Muslim Polish yang kami lawati; dimana kami disambut dengan anjing dihadapan pintu rumah – yang mana dipelihara oleh mereka.
Suatu yang pelik berkaitan amalan ibadat solat mereka; iaitu apabila mereka bersembahyang berjemaah tak kira samada iainya solat Zuhur / Asar – mereka akan membaca surah fatihah dan surah serentak dengan imam secara kuat2. Bacaan mereka pun berbunyi seperti gaya bahasa Turki.
Mereka memberitahu bahawa kebanyakan keturunan Muslim Polish berasal dari Crimea Tartar dan didalam pentadbiran kerajaan Ottoman Empire. Kebanyakan dahulu tok nenek mereka adalah pasukan tentera Poland.
Mereka menceritakan bahawa terdapat diantara mereka terpaksa berkahwin campur berlainan agama memandangkan jumlah Polish Muslim adalah minoriti. Sebagai contohnya, akhirnya kami dapati suami kepada Puan Jamaliah adalah rupa2nya adalah penganut Kristian. Walaubagaimana pun anak lelakinya adalah seorang yang ingin mendalami tentang Islam; beliau telah berjaya mengumpulkan beberapa pemuda untuk sama2 menjayakan program kami. Pn Jamaliah juga menunjukkan gambar Ms Laila Taib isteri kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang. Pn Jamaliah adalah auntie kepada Datin Laila dan berasal dari Polish Muslim.
Kami sempat juga dibawa untuk menziarah masjid baru Gdansk yang masih didalam pembinaan. Menurut Pn Jamaliah, pembinaan Masjid tersebut dibiayai oleh rejim komunis Poland; - masjid tersebut dibina bersebelahan sebuah gereja. Tujuan ianya dibantu oleh Kerajaan ketika itu adalah untuk menandingi perkembangan Kristian yang mana ianya merisaukan pihak rejim Komunis. Seramai 20 Polish Muslim mengikuti kami dalam menziarahi masjid tersebut; dan kami beramai2 berdoa yang diketuai Saudara Zul; berdoa dalam bahasa Melayu – mendoakan supaya masjid tersebut akan menjadi pusat dakwah Islamiah. Alhamdullillah sekarang kami mendapat tahu bahawa masjid tersebut telah menjadi markaz dakwah & tabligh di Poland. Gambar diatas adalah gambar Masjid Gdansk yang telah siap yang mana saya ambil dari internet.
Setelah kami berada di Gdansk selama beberapa hari kami pun berangkat kembali ke Warsaw dengan keretapi. Peristiwa menyayatkan hati bila mana keretapi kami mula bergerak sambil dilambai oleh lebihkurang 40 orang Polish Muslim di stesyen keretapi.
20090617
Hadis - Berkenaan Niat
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiaporang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) باب قوله ) hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting : untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)
Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/tidak melampau/ menepati syariat.
Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala
20090611
PPMSI
a. Di universiti; pengajian kuliah dan buku2 ilmiah masih memperkasakan bahasa Inggeris
Cuba kita perhatikan mat salleh yang berkerja di Indonesia dengan mat salleh ynag berkerja di Malaysia. Mat salleh yang berkerja di Indonesia boleh bercakap, menulis dan membaca didalam bahasa Melayu walaupun mereka berkerja di Indonesia tidak sampai setahun disana. Jika dibandingkan mereka yang berkerja di Malaysia bertahun2 lamanya; tetapi masih tidak boleh bertutur sepatah harampun bahasa Melayu. Ini oleh kerana di Indonesia atau dinegara2 lain mewajibkan kesemua urusan pekerjaan dan pentadbiran adalah didalam bahasa ibunda mereka. Sama2 lah kita renung2kan. Sebarang perubahan untuk memperkayakan sesuatu keguanaan bahasa hendaklah secara menyeluruh serta dimulai dari yang atas / lebih dewasa. Janganlah kita membebankan anak2 sahaja untuk mengunakan sesuatu bahasa,
20090602
Firefly
Ianya adalah first esoerience mengunakan Firefly. Jumlah penumpangnya kalau tak silap aku adalah dalam 72 orang. Minuman Jus dan cookies disediakan didalam flight tersebut.
Semasa di Alor Star; aku terjumpa seorang kenalan jiran aku di KL - iaitu Alyasak. Terkejut juga aku ketika sedang menikmati juadah sarapan pagi - nasi lemak bilis teluq 5 kupang di Taman Pelangi bersebelahan dengan Station RTM Alor Star.
Beliau bagi tau bahawa beliau baru 2 minggu bertugas dengan Kinta Samudra - PMC untuk projek landasan keretapi Ipoh - Padang Besar. Sempat juga aku membawanya berkunjung kerumah aku di Taman Kantan.








