20100105

Sa'id bin Zaid RA

Mungkin ada diantara kita tidak berapa mengenali seorang Sahabat Rasullullah yang bernama Sa'id bi Zaid RadiaAllahuanhu ini. Beliau adalah Saidina Sa'id bi Zaid bin Amru iaitu diantara 10 orang Sahabat yang dijanjikan syurga atau lebih dikenali sebagai Al Mubashharin Bil Jannah, 10 orang itu adalah :-
  1. Abu Bakar AsSiddiq
  2. Umar Al Khattab
  3. Uthman Al Affan
  4. Ali bin Abu Talib
  5. Zubair bin Al Awwam
  6. Tolhah bin Ubaidillah
  7. Abdul Rahman bin Auf
  8. Abu 'Ubaidad 'Amir bin Al Jarrah
  9. Sa'ad bin Abu Waqas
  10. Sa'id bin Zaid

Beliau adalah ipar kepada Saidina Umar Al Khattab iaitu suami kepada adik Saidina Umar : Fatimah bin Al Khattab. Beliau adalah adik ipar Saidina Umar ketika mana mempertahan akidah Islam ketika Saidina Umar (ketika jahil) hendak membunuh mereka. Beliaulah antara sebab kepada Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam.

Ada suatu peristiwa di zaman selepas Nabi. Saidina Said telah di tuduh oleh seorang perempuan Muslim yang mempunyai tanah bersebelehan dengan tanah Sa'id. Beliau telah dituduh mengambil sebahagian tanah perempuan itu oleh perempuan itu dan telah dibawa ke pengadilan dan diadili oleh seorang hakim yang Marwan. Bila ditanya oleh Marwan, beliau berkata demi Allah, aku tidak mengambil sebarang tanah perempuan tadi kerana aku pernah mendengar Rasullullah bersabda bahawa sesiapa yang mengambil tanah kepunyaan yang bukan miliknya, diakhirat kelak tanah tersebut akan digantung seumpama rantai dari langit ketujuh hingga ke bumi.

Lalu beliau berdoa kepada ALLAH dengan berkata jika perempuan tersebut berkata dusta, maka Engkau butakan matanya dan matikan dia di kawasan tanah yang dituduhnya itu. Diberitakan ada Sahabat lain yang sempat memerhatikan bahawa perempuan tersebut buta matanya dan perempuan tersebut telah terjatuh lalu menemui ajalnya di kawasan tanah yang dituduhnya dahulu.

Pengajarannya kita dibolehkan untuk mendoakan kecelakaan terhadap seseorang yang telah melakukan kejahatan dan fitnah kepada kita walaupun dia seorang yang Muslim. Juga kita kenalah berhati hati terhadap doa orang yang dizalimi dan dianiaya kerana doa orang yang dianiaya atau dizalimi akan di makbulkan oleh ALLAH SWT.

No comments: