20091014

17:16

Saya ada mendengar ceramah Ust Iqbal yang beasal dari Padang tetapi sekarang menetap di Malaysia. Ust Iqbal menceritakan pengalamannya yang dialaminya semasa gempa bumi baru - baru ini berlaku di Padang, Sumatra. Beliau baru saja meninggalkan sebuah Pasaraya di Padang (yang mana Pasaraya tersebut telah hancur dan musnah akibat gempa bumi tersebut)
Katanya semasa gempa bumi itu berlaku beliau dan keluarga didalam sebuah bas dalam perjalanan dari Pasaraya tersebut ke kampung halamannya. Semasa gempa tersebut berlaku beliau dan semua penumpang telah turun dari bas tersebut dan meniarap di atas tanah menghadap kearah laut. Beliau mengatakan ada berlaku dua hentaman 1) atas ke bawah dan 2) kiri ke kanan. Semasa menghadap laut beliau dapat rasakan bumi ini ibarat kapal yang terhumban hambin diatas laut.
Menurutnya, dikampungnya banyak tempat2 maksiat telah hancur musnah manakala rumah orang2 yang menjaga amalan diperlihara oleh Allah swt.
Katanya lagi kejadian tersebut berlaku pada tepat jam 5.16 pm waktu Sumatra iaitu 17:16. Secara kebetulan, mungkin Allah hendak memberi amaran kepada kita, kalau kita semak surah 17 ayat 16 yang bermaksud :-
17:Al-Israa'
"16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
Sama2 lah kita renung2kan

No comments: