20090928

Kampung Lebai Zainol

Dalam usaha pencarian salasilah asal usul keluarga aku; semasa di kampung aku telah berkunjung ke rumah Pak Saudara aku - Pak Lang Ariff yang menetap di kampung Ekor Kuching, Padang Serai, Kedah.
Menurutnya beliau telah berjaya menjejaki tempat terakhir kediaman nenek lelaki kami iaitu Lebai Zainol di kampung yang diberi nama mengikut namanya Kampung Lebai Zainol di Gurun. Pak Lang berkata bahawa Kampung tersebut terletak di belakang Pejabat Perhutanan Gurun - 5 km sebelum sampai ke pekan Gurun. Menurut cerita Pak Lang Ariff dan juga arwah pak aku, mengikut cerita arwah Wan aku Tok Mad - Lebai Zainol ini berasal dari keturunan Turki. Wallahua'lam. Tapi Pak Lang tidak mengetahui Lebai Zainol bin apa?. Walaubagaimanapun kami adik beradik InsyaAllah cuba menyelidik perkara tersebut.
Walaupun begitu; pada tahun lepas semasa raya Pak Saudara Pupu aku iaitu Pak Long Adman Salleh menceritakan sedikit perbezaan ceritanya mengenai lokasi kampung tersebut. Pak Long Adman Salleh ini adalah Penerbit Filem yang terkenal ie filem Amok, Paloh dan lain-lain. Menurutnya pula semasa kecil beliau pernah sempat tinggal beberapa tempuh bersama - sama Lebai Zainol. Beliau pula mengatakan Kampung Lebai Zainol adalah selepas Pekan Gurun dan berada di jalanan ke arah kaki Gunung Jerai disebelah kiri dari Gurun.
Menurutnya Lebai Zainol seorang yang wara, zuhud serta menjadi guru agama. Beliau adalah seangkatan dengan Sheikh Abdullah Fahim (datuk kepada Pak Lah).
Kepada pembaca yang mempunyai maklumat berkenaan Kampung Lebai Zainol, sila bagi maklumat melalui slauran komen. Jazakallah.

No comments: