20090916

10 Akhir Ramadhan

Untuk perkongsian bersama… Hari ini, adalah pertengahan 10 malam terakhir Ramadan. Di dalamnya terdapat Malam Lailatul-Qadar….iaitu Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ganjarannya pahalanya diberikan oleh Allah s.w.t pada mereka yang mendapatnya. Kenapa 1,000 bulan?Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun….mengikut pada jangka hayat manusia. Jika kita hidup selama 83 tahun beribadat kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup. Persoalannya, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ?Kebanyakkan, dari umat manusia dalam umur 40 tahun pun sudah pergi menemui Illahi, apatah lagi …hendak menunggu hingga 83 tahun.
Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., “Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil” iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Terdapat tiga (3) cahaya yang akan menyinari iaitu : -
- Nur (cahaya) – dari Allah s.w.t,
- Cahaya dari para malaikat-malaikat dan jibril yang akan melebarkan sayapnya membawa seribu kebaikkan bagi tahun-tahun yg akan datang
- Cahaya fajar yang menyinar di awal pagi
Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang ini. Berniat sahaja sudah cukup ada ganjaran serta pahala di sisi Allah S.W.T. dan ianya akan lebih baik jika kita dapat mencarinya.Kerna, yang pasti kita tidak akan tahu bila saat dan ketikanya kita akan mengadap Illahi.
Mengikut kajian yg dilakukan oleh Imam Ghazali, perkiraan beliau mengatakan bahawa pada tahun ini 1430H, Malam Lailatul-Qadar berlaku pada Malam ke – 23..iaitu pada hari Sabtu, 1209.09 malam Ahad… Wallahu 'alam bis sawab..hah.
Apabila Awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 2208.09, maka Malam ke – 23 adalah Malam Lailatul-Qadar… Wallahu 'alam bis sawab.. Namun yang demikian, janganlah kita lupa pada Malam-Malam yang lain kerana yang pasti, Malam Lailatul-Qadar itu adalah Rahsia yang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.
Apa yang perlu dilakukan pada Malam-Malam tersebut ?Melakukan Solat-Solat Sunat, Qiamulail, Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Berzikir dll. Selamat Menempuh Malam-Malam Lailatul-Qadar. Semoga ibadat yang kita lakukan dengan Ikhlas ini mendapat keredhaan di sisiNya….Amin.

Hukum Iktikaf Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar. Jadual Malam Lailatul Qadar Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
KAEDAH AWAL BULAN RAMADHAN MALAM LAILATUL QADAR Jika awal ramadhan, jatuh pada hari........ .(lihat senarai di bawah)
Awal Bulan Ramadhan - Malam Lailatul Qadar
  • Ahad atau Rabu - Malam 29 Ramadhan
  • Isnin - Malam 21 Ramadhan
  • Selasa atau Jumaat - Malam 27 Ramadhan
  • Khamis -Malam 25 Ramadhan
  • Sabtu - Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut" Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65

1 comment:

zarch said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan, taqabbal minna wa minkum wa jamian muslimin, semoga diterima segala amalan kita....maaf zahir dan batin.