20090626

RCMP UNIKL

Anakku yang sulung Sarah telah mendapat dua tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke pusat pengajian tinggi iaitu :-

a. Diploma Kejuruteraan Mechatronics - Politeknik Merlimau Melaka

b. Diploma Pharmacy - Royal College of Medicine of Perak, University Kuala Lumpur

Setelah berbincang dan menilai maka anakku telah memilih untuk mengikuti pengajian farmasinya di Royal College of Medicine Perak yang dibawah seliaan University Kuala Lumpur. Ini memandangkan kursus Mechatronics tidak menarik minatnya serta bagi pandangan kami kursus Mechatronics tersebut adalah tidak sesuai bagi perempuan. Melalui kajian kami Mechatronics adalah nama yang diilhamkam oleh Jepun iaitu gabungan diantara Mekanikal dan Elektronik dan besar kemungkinan sekop kerjanya adalah dikilang2 elektronik.
Sarah insyaAllah akan mendaftar pada 12 Julai ini; dan sementara kami sedang membuat persiapan untuk ke sana. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Royal College tersebut sila lawati http://www.perakmed.edu.my/
Ayahanda berdoa agar Sarah dapat mengikuti kursus tersebut selama 3 tahun dengan jayanya. Yang penting jaga agama dan utamakan agama dalam segala hal.

No comments: