20090611

PPMSI

Akhir2 ini kita sering mendengar tentang hujah2 masing mengenai kedudukan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris didalam sistem pendidikan negara kita.


Persoalannya sekarang kenapakah anak2 kita terpaksa menjadi korban terhadap sebarang perubahan dasar yang perlu dan telah dilaksanakan selama ini. Bagi pandangan saya sebarang sistem perubahan kegunaan dan memartabatkan salah satu dari kedua2 bahasa tersebut hendaklah bermula dari atas ke bawah dan bukannya dimulakan oleh anak2 kita. Sebarang perubahan hendaklah secara menyeluruh dan bukannya setakat kanak2 sekolah.


Sebagai contoh:
a. Di universiti; pengajian kuliah dan buku2 ilmiah masih memperkasakan bahasa Inggeris

b. Di tempat2 kerja terutama di syarikat2 swasta : masih mengangungkan bahasa Inggeris. Kesemua urusan dan surat menyurat diwajibkan mengunakan bahasa Inggeris.

c. Minda pihak tertentu masih mengangungkan bahasa Inggeris melebihi bahasa ibunda.
Cuba kita perhatikan mat salleh yang berkerja di Indonesia dengan mat salleh ynag berkerja di Malaysia. Mat salleh yang berkerja di Indonesia boleh bercakap, menulis dan membaca didalam bahasa Melayu walaupun mereka berkerja di Indonesia tidak sampai setahun disana. Jika dibandingkan mereka yang berkerja di Malaysia bertahun2 lamanya; tetapi masih tidak boleh bertutur sepatah harampun bahasa Melayu. Ini oleh kerana di Indonesia atau dinegara2 lain mewajibkan kesemua urusan pekerjaan dan pentadbiran adalah didalam bahasa ibunda mereka.
Sama2 lah kita renung2kan. Sebarang perubahan untuk memperkayakan sesuatu keguanaan bahasa hendaklah secara menyeluruh serta dimulai dari yang atas / lebih dewasa. Janganlah kita membebankan anak2 sahaja untuk mengunakan sesuatu bahasa,

1 comment:

akak sri said...

salam, tuan albogaki.dah lumrah orang melayu lebih mengagung agungkan sesuatu yang dari luar lelebih lagi kalau dari orang putih. jgn kata orang putih yg kerja di malaysia, rakyat malaysia sendiri ramai yg tak mahir berbahasa.

_akasri_