20090619

Khuruj Fisabilillah 1986 - Poland (part 3)


Semasa di Gdansk


Perjalanan kami dengan keretapi ke Gdansk mengambil masa lebih kurang sehari. Kami dapati pengangkutan keretapi di Poland ketika itu lebih teruk dari Malaysia ataupun India. Kami terpaksa berkejar-kejaran untuk menaiki keretapi. Keretapinya penuh sesak sehinggakan kami terpaksa duduk dilantai pintu keretapi tersebut disepanjang perjalanan kami.

Setibanya kami di station Gdansk; kami disapa oleh dua orang Polish Muslim iaitu Ms Jamilah dan Mr Stefan (atau nama Muslimnya Musthapa). Kami dibawa ke rumah Ms Jamilah (Presiden Persatuan Islam Gdansk). Kami diberitahu oleh Ms Jamilah bahawa terdapat ramai orang Polish Muslim di Gdansk dan bertanya kami apakah tujuan kami datang ke Poland.

Gdansk adalah bandar pelabuhan yang terletak di utara Poland.

Kami diberi sebuah rumah yang didiami oleh neneknya yang berusia 80an disebelah rumahnya. Kami diberi seorang penterjemah student Arab Palestine yang aku terlupa namanya. Sepanjang kami di Gdansk; kami tidak perlu memasak ataupun membeli makanan seperti di Warsaw kerana kami akan dijamu oleh Ms Jamilah ataupun penduduk Polish Muslim di Gdansk.

Di Gdansk ini; kami menerima nusrah (pertolongan) yang sempurna dari penduduk Polish Muslim sehinggalah hampir setiap waktu solat kami diberi peluang untuk menyampaikan bayan (ceramah) kepada kumpulan2 Polish Muslim yang diterjemahkan oleh student Arab tersebut.

Student Arab tersebut memberitahu bahawa dia telahpun mengikuti program Tabligh semasa beliau berada di Ramallah Palestine. Menurut beliau terdapat beberapa markaz tabligh di Palestine termasuk di Ramallah.

Kesemua Polish Muslim di Gdansk sangat gembira terhadap kedatangan kami. Sekurang2 mereka mengetahui bahawa masih terdapat orang2 Islam di muka bumi ini; dan mereka masih diingati oleh orang2 Islam lain. Semasa di Gdansk kami banyak melakukan ziarah ke rumah – rumah Polish Muslim.

Ada diantaranya nenek2 yang berusia 90an yang sempat kami ziarah. Orang2 Muslim Polish juga sempat menceritakan sejarah Islam di Poland. Mereka menunjukkan gambar2 ulama2 dahulu mereka yang siap berserban dan berjanggut. Gambar2 Masjid di Poland dan di Rusia; yang kebanyakan telah dirobohkan oleh rejim Komunis; cuma ada 2 sahaja masjid2 lama berusia 200 tahun yang tidak dirobohkan iaitu 2 kampung yang bersempadan dengan Rusia (yang akan ceritakan kelak).

Ada juga rumah Muslim Polish yang kami lawati; dimana kami disambut dengan anjing dihadapan pintu rumah – yang mana dipelihara oleh mereka.

Suatu yang pelik berkaitan amalan ibadat solat mereka; iaitu apabila mereka bersembahyang berjemaah tak kira samada iainya solat Zuhur / Asar – mereka akan membaca surah fatihah dan surah serentak dengan imam secara kuat2. Bacaan mereka pun berbunyi seperti gaya bahasa Turki.

Mereka memberitahu bahawa kebanyakan keturunan Muslim Polish berasal dari Crimea Tartar dan didalam pentadbiran kerajaan Ottoman Empire. Kebanyakan dahulu tok nenek mereka adalah pasukan tentera Poland.

Mereka menceritakan bahawa terdapat diantara mereka terpaksa berkahwin campur berlainan agama memandangkan jumlah Polish Muslim adalah minoriti. Sebagai contohnya, akhirnya kami dapati suami kepada Puan Jamaliah adalah rupa2nya adalah penganut Kristian. Walaubagaimana pun anak lelakinya adalah seorang yang ingin mendalami tentang Islam; beliau telah berjaya mengumpulkan beberapa pemuda untuk sama2 menjayakan program kami.
Pn Jamaliah juga menunjukkan gambar Ms Laila Taib isteri kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang. Pn Jamaliah adalah auntie kepada Datin Laila dan berasal dari Polish Muslim.

Kami sempat juga dibawa untuk menziarah masjid baru Gdansk yang masih didalam pembinaan. Menurut Pn Jamaliah, pembinaan Masjid tersebut dibiayai oleh rejim komunis Poland; - masjid tersebut dibina bersebelahan sebuah gereja. Tujuan ianya dibantu oleh Kerajaan ketika itu adalah untuk menandingi perkembangan Kristian yang mana ianya merisaukan pihak rejim Komunis. Seramai 20 Polish Muslim mengikuti kami dalam menziarahi masjid tersebut; dan kami beramai2 berdoa yang diketuai Saudara Zul; berdoa dalam bahasa Melayu – mendoakan supaya masjid tersebut akan menjadi pusat dakwah Islamiah. Alhamdullillah sekarang kami mendapat tahu bahawa masjid tersebut telah menjadi markaz dakwah & tabligh di Poland.
Gambar diatas adalah gambar Masjid Gdansk yang telah siap yang mana saya ambil dari internet.


Setelah kami berada di Gdansk selama beberapa hari kami pun berangkat kembali ke Warsaw dengan keretapi. Peristiwa menyayatkan hati bila mana keretapi kami mula bergerak sambil dilambai oleh lebihkurang 40 orang Polish Muslim di stesyen keretapi.

No comments: